Sambutan Hari Pekerja 2009 di Tesco Hyper Penang
Dalam tunggu nak makan kek sempat pulak Si SGM buat laungan Tesco Boleh sempena Hari Pekerja.. dah SGM nak buat macam tu.. semua staff kena ikut la. Kat atas nie ada sikit video masa semua staff melaungkan Tesco Bolehhhh..!!!!
_________________________________________________________________________________________
My Car
At last, ada masa free i pun pergi tukar sport rim baru, skali dgn spring sport and absorber. Kat atas gambar masa proses pemasangan rims baru.. RM1650 skali dengan spring, rims lama i trade in la diorang ambil dengan harga RM300.
Kat sebelah nie la sport rims baru yang i beli. nampak biasa jer kan... Rims ni berukuran 15 inch jer. Kalau besar-besar sangat nanti effect pickup kereta i la...Sebenarnya i nak tukar Rims dengan Spring jer pada hari tu, tapi tgk2 absorber plak dah KO... so kena tukar la juga. Absorber ni i buat tempat lain plak sbb bleh dapat harga lebih murah.
Ini gambar masa i tengah tukar absorber kereta i, absorber i dapat dengan harga RM160 jer and kena tambah plak RM60 untuk upah pemasangan.
__________________________________________________________________________________________
Acara BBQ sempena Aidilfitri
....
Haa...nie Kakak yg mengeluarkan ayat yang paling i tak suka tu. Tapi i fikir-fikir... bukan selalukan nak luangkan masa bersama kekawan. Dengan tangan yang terketar i pun hulurkan RM10. Ala...diskaun sikit la, takkan nak berkira kot. Ceh...lastly kena reject jugak. Depa nak RM 15 jugak, nak buat macam mana, bagi jugak la. Ala.... aku pi makan and budget cukup RM15, aku blah la.. nak tolong bakar ayam? tolong bakar satay? Sorry la i tak akan buat punya. Sampai sana terus makan jer...
Apabila sampai jer kat situ i nampak satu kelibat, macam kenal jer.. tinggi dan besar semacam jer. Ceh!! mamat nie pun ada, En. Bhagwan, macam mana dia bleh ada plak?? Fikir-fikir balik memang patut dia ada la, sebab dia tu Manger Dept. Receiving. Takkan diorang tak ajak bos diorang kot.. Gua tak bleh jumpa dia la mesti gaduh punya, actually bukan gaduh la, tapi menyakat dia. Malam nie En. Bhagwan malu-malu plak.
Antara tetamu-tetamu lain yang hadir pada malam tu. i tak tau la nama diorang. Lupa?? bukan lupa la, memang i tak tau nama diorang. Sebenarnya dioarang nie staff yang baru join Receiving and Claim department. Tu yang tak kenal sangat. Takpa lepas nie nak berkenalan dengan dua insan nie. Nampak dari saiz badan mesti diorang mampu makan lebih dari nilai dibayar ...RM 15.
Ni pulak Kak Ana, kerja dia malam tu mengunyah jer dan yg putih semacam tu Sdi Munirah. Sebenarnya i nak ambil gambar Kak Ana jer tapi insan kat belakang tu nak enter frame jugak. Sian...takda sapa nak ambik gambar dia.. Eh.. eh.. sapa plak tu yang muka berseri-seri dengan Nur Keimanan tu, siap pakai Cap Honda lagii... i tak kenal la, u all kenal tak??. Tak kenal pun takpa. mamat tu memang suka low profile...
Biasala... kat tepi laut nie mesti ada belangkas punya, i sempat ambik gambar sepasang belangkas masa majlis BBQ tu. Kalau nak kenal, nie la Fadli and Emy, couple terpanas kat Tesco. Siap pakai baju raya lagi. Satu design. Ceh..!! macam boria plak. Lebih kurang jam 9.50 malam, i ada rasa titisan hujan mulai turun. i tepat jam 10.00 malam i beransur dulu la, ada appointment. Pukul 10.00 malam tepat i pun meninggalkan majlis tersebut. On the way balik, lebih kurang 7 minit i balik, hujan telah turun dengan lebat skali. I tak tau la apa yg terjadi kat majlis BBQ tu. Mesti habis basah. Anyway thanks tu receiving dept. kerana jemput i ke majlis ini. OK Cauu...
_________________________________________________________________________________________
My Famili @ Hari Raya Aidil Fitri 1/10/2008
Haa... Mari buat ketupat palas. bukan nak riak la... bab buat ketupat palas nie i memang expert, sejak azali lagi. Kat Kedah memang ketupat palas menjadi kemestian, ketupat apa nama ntah yg buat pakai daun kelapa ( ala-ala nasi himpit ) tu memang tak wujud kat kampung i. Memang nampak cantik ketupat daun kelapa tu, tapi kalau makan rase nasi himpit jer. baik buat nasi himpit jer. senang.... Kalau ketupat palas, guna pulut or nak bagi best sikit tambah kacang hijau. Masa i sampai kampung semua kuih muih lain dah siap, tinggal ketupat jer belum buat.
Salah satu lagi benda yg mesti ada masa hari raya ialah mercun. Sampai umah jer terus i check ngan adik lelaki i, stok mercun ada tak??? Dia jawab stock availiable...Don't worry... Macam-macam jenis ada. Selamat sikit duit i, tak payah beli mercun. Actually, i dah cuba cari stok mercun kat area Penang tapi tak jumpa la. Kat pasar malam area penang nie ada jugak la jual mercun tapi jenis yang bunyi macam kentut jer.. i nak yang bunyi macam BOM bila meletup. i dah cuba tanya penjenayah-penjenayah kat Penang nie kot-kot ada stok... tapi semua dah bertaubat, dah tak jual mercum ala-ala bomm lagi... gua frust jugak beb...
...
...
Disebabkan hujan yang turun dan keadaan jalan yg becak, kami sekeluarga buat keputusan kluar beraya, budak-budak kat kampung pun mesti dok umah jer. Selalunya kami menyambut tetamu, tapi kali nie kami pulak nak jadi tetamu. Pukui 11pagi ++ kami sekeluarga kluar dengan 2 buah keta pergi beraya. Pergi Kuala Sanglang, Simpang Sanglang, ziarah kubur arwah Tok, pergi Kuala Perlis, Kangar, Kaki Bukit dan banyak lagi.
>
______________________________________________________________________________
MAJLIS BERBUKA PUASA 12/09/2008
Ni gambar Yusnilia dan Abang Jai kesayangan dia serta juadah berbuka. Makan kat Pizza Hut jer, ubah selera sikit. Pasangan nie memang susah nak diajak keluar sebab ada saja alasan depa dok bagi. Sebelum ni pun memang ada ajak depa 2 nie tapi tak bleh join skali. sibuk la katakan. tapi kali nie ok pulak...maklum la FREE...sebelum nie kalau makan pakat bayar sesama. Macam tu laa....Sebenarnya Pizza belum sampai lagi. Baru dapat Mushroom Soup jer.
_____________________________________________________________________________
MAJLIS BERBUKA PUASA 04/09/2008
Khamis yang lalu 04/09/2008 En. Okuma cuba kumpulkan geng-geng lama Tesco Hyper Penang, bukan apa... cuma nak berbuka puasa bersama-sama jer. Tapi malangnya hanya tiga orang jer geng Tesco yang bersama keluarga masing-masing yang dapat meluangkan masa untuk majlis nie. Yang lain-lain semuanya sibuk dengan kerja masing hingga lupakan kekawan lama. Sedih... Okuma telah menempah 1 meja makan kat Hammer Bays Penang, Alaaaaaa... yang dekat Queenbays tu...
Antara menu yang dihidangkan, Siakap masak ntah apa-apa ntah...bukan tiga rasa, dan buka sweet sours, nama dia pelik sikit. Nak sebut pun susah, kalau nak tau jugak sila rujuk En. Okuma. Menu lain Kailan ikan masin, pari bakar, sup daging, sup ayam dan telur bungkus. Minum....?? Air asam campur limau nipis, pelik lagi menu nie. i pun tak pernah rasa. biasala menu orang baru kahwin, memang pelik.
Aini ngan Luqman, orang rumah dan anak En. Sunmelon.Gambar orang rumah En. Okuma i lupa nak ambik plak...apsal i bleh terlupa ha..??? Lain kali kali la i ambik gambar dia.
Total kena bayar untuk semua makanan malam tu ialah RM121. Ok laaa tu, sekali-sekala makan ramai-ramai. Mak ngan ayah i pesan kalau bab makan minum untuk famili dan kekawan, jangan berkira sangat. Ok sekian TQ
>________________________________________________________________________
HARI SUKAN SEKOLAH TESCO NORTHEN REGION
Pada hari Sabtu 19/07/2008 satu aktiviti sukan telah diadakan antara Tesco Northen Region ala-ala hari sukan sekolah... telah diadakan di IPSAH, Sungai Petani. Wakil dari Tesco Ipoh, Penang, Mergong, Kota Bharu, Taiping, Extra Penang, Extra Ipoh dan Shah Alam antara yang terlibat. Kat bawah nie ada sikit gambar-gambar kenangan kat sana. I tak mau banyak komen la pasal hari sukan nie... Tgk gambar dah ler..OK
Barisan pemain bolasepak Tesco Hyper Penang sedang bersiap sedia untuk berjuang. Gabungan dari semua department dari Tesco. Nampak bersemangat jer... Dalam banyak-banyak pasukan kat event nie, i nampak pasukan Penang jer yang nampak releks jer. Low profil... jersi pasukan biasa jer. Tak macam pasukan lain semua nya nampak grand. Satu lagi, pasukan lain siap bawa penyokong-penyokong sendiri, ramai pulak tu. Tapi penyokong pasukan penang cuma i, Store GM and HR manager jer. Sian.... Kedekut betul Tesco Penang Hyper nie
Sesi memanaskan badan sedang dilakukan oleh pasukan bolasepak Tesco Hyper Penang.
_______________________________________________________________________________
TESCO HYPER GRAND DINNER 2008
Nie pulak Chef Zambri and Chef Realvista tgh bakar ayam untuk tetamu. Pada malam nie, semua staff dilayan sebagai tetamu Terhormat.. manager semua jadi macam pelayan-pelayan jer, alaaa...sekali setahun apa salahnya. Ayam yg dibakar tu sebenarnya disediakan Oleh En . Sunmelon dan Fresh Team. Rase ayam bakar tu boleh la tahan...Mak i buat 10 kali lagi sedap laa..
...
Ni gambar antara tetamu VIP yang hadir pada malam tu, En Shamsul (SGM) and Jessicca (ARSM) dan PN. Noriah, ( Area HR ). yg lain bukan VIP...cuma duduk sebelah VIP, nak tumpang glamer
0 comments:
Post a Comment