Tuesday, May 6, 2008

Artikel


Gambar ngeri sekadar hiasan


Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my

ADAKAH penampilan wajah baru kotak rokok dengan pelbagai 'gambar hiasan' mendatangkan sebarang kesan kepada perokok?

Penulis sendiri pernah mengajukan soalan tersebut kepada rakan-rakan perokok. Ada yang tidak kisah dengan paparan gambar-gambar mengerikan itu.

Ada yang kononnya berasa ngeri justeru memastikan rokok yang dibeli masih versi kotak lama.

Lebih daripada itu dan untuk menutup kengerian tersebut, ada perokok yang menyediakan kotak penyimpan khas, juga kononnya tidak sanggup melihat gambar-gambar itu.

Ada juga yang 'main-main' apabila dengan selamba membuat percaturan tentang gambar menarik yang ingin dilihat hari ini.

Realitinya, arahan supaya syarikat pengeluar rokok memaparkan gambar-gambar ngeri pada kotak pembungkus ada matlamatnya.

Hasrat murni yang mengiringi arahan tersebut adalah supaya perokok-perokok sekurang-kurangnya dapat mengurangkan tabiat buruk itu.

Pasti terlintas di fikiran pihak yang mengeluarkan arahan bahawa jika orang biasa tidak sanggup menatap gambar paru-paru rosak, barah mulut, barah leher, janin rosak dan bayi cacat, perokok juga pasti akan berasa kengerian sedemikian.

Paparan gambar itu juga dilengkapi dengan kesan warna yang sememangnya mengerikan dan meloyakan kepada sesiapa saja yang melihatnya.

Tentunya akan ada timbul sedikit keinsafan di kalangan mereka tentang betapa buruk dan teruknya akibat daripada tabiat merokok.

Jika diikutkan logik akal, manusia mana yang sanggup membiarkan organ dalaman mereka rosak atau cacat sehingga membawa kepada kematian hanya kerana nikmat 'asap.'

Tetapi itu hanya kesimpulan manusia normal yang tahu menilai harga serta nilai organ yang setiap satu diciptakan Tuhan lengkap dengan fungsi masing-masing.

Tentunya manusia normal tidak mahu membiarkan organ-organ yang membantu mereka menyedut udara dan menjalani hidup dengan selesa dimusnahkan dengan sengaja.

Pastinya juga sebagai manusia normal juga terutamanya bagi kaum lelaki tidak sanggup melihat zuriat mereka cacat atau hasrat menimang cahaya mata kecundang akibat janin tidak sempurna gara-gara tabiat merokok.

Tetapi itu ketakutan serta kegerunan manusia normal yang celik mata, tajam otak serta peka telinga untuk menyerap maklumat tentang betapa bahayanya jika bergelar perokok.

Lantas kumpulan normal itu berusaha mengelak daripada menjadi hamba batang-batang rokok yang setiap satu menawarkan 'zat' serta 'vitamin' pemusnah yang bukan sedikit.

Bagaimanapun kesedaran seumpama itu tidak terpakai kepada golongan perokok terutama yang tegar dan kufur nikmat.

Sebab itu paparkanlah gambar apa pun pada kotak rokok, belum tentu hati mereka akan terusik jauh sekali mahu 'bertaubat' daripada terus menjadi perokok. Mereka tidak pernah kisah jauh sekali berasa gerun akan status kesihatan sendiri.

Jumlah perokok yang berhenti daripada tabiat tersebut juga tidak ramai. Jika ada pun perhentian mereka bermusim.

Pantang ternampak kepulan asap rokok, ketagihan untuk menyedut gabungan pelbagai bahan itu kembali menggila. Lantas gambar-gambar ngeri hanya menjadi hiasan kotak rokok.

(Sumber Utusan Malaysia 09/04/09)

Memang betul la, gambar-gambar ngeri kat kotak rokok nie boleh menghilangkan sedikit selera untuk menghisapnya. Sama la kalau kita tangah makan.... tiba-tiba ternampak benda-benda kotor, selera nak makan pun hilang. Timbul jugak niat dihati nak berhenti merokok tetapi susah la. Jadi untuk menambahkan selera menghisap rokok apa kata kita bertukar beli Gudang Garam 12 batang... sebab takda gambar ngeri kat kotak. Haaa..... betul tak???




_____________________________________________________________________________________________________

Malaysia Counting Down to Earth Hour



Kuala Lumpur – Imagine a major part of Kuala Lumpur turning its lights out almost simultaneously for one hour. A city in darkness would definitely get the town talking on what all the fuss is about. On 28 March, Malaysia will be taking part in a global movement to stand united with 1000 cities and its peoples for Earth Hour by switching off non-essential lights for one hour. Earth Hour, which will take place on 28 March 2009, 8.30pm to 9.30pm (local time), is aimed at promoting awareness to fight against climate change.

“The act of switching non-essential lights is a simple and effortless step that every person can take to trigger a huge positive impact against climate change. The message we are trying to give is that every person, by taking a small action such as turning off a light, can make a huge difference in the fight against climate change”, said WWF Malaysia Chief Executive Officer, Dato' Dr Dionysius Sharma.

Earth Hour is an initiative started by World Wide Fund For Nature (WWF) in 2007 in Sydney, Australia. Last year 50 million people across 35 countries took part in this movement. This year WWF is targeting 1 billion people worldwide - individuals, government and corporations alike and WWF Malaysia is joining the ranks to lead Malaysians to be part of this global action. “Humanity is not in a position to allow our activities to warm up the planet. Much is at stake; biodiversity, our loved ones and ourselves. Let's start with an hour and stop only when we have created hope for planet Earth”, Dato' Dr Dionysius Sharma further said.

Today’s launch kicks off WWF Malaysia’s drive to muster the support and participation of Malaysians, targeting at least 5 million individuals and corporations as well as building owners and the government.

One of Kuala Lumpur’s most iconic landmarks, The KL Tower has graciously offered their support to the Earth Hour movement by providing the venue for the launch of Earth Hour today as well as for the Earth Hour event on 28 March. "Menara Kuala Lumpur, under it's Tower of Hope programme, is committed to raise awareness on climate change and being the first monument in Malaysia to participate for this cause, we would like to call upon other buildings in this country to do the same." said Dato' Zulkifli Mohamad, Chief Executive Officer of Menara Kuala Lumpur.

Dato' Dr Dionysius Sharma added, “We are ecstatic that KL Tower has pledged their support for Earth Hour and we are hoping to get our world famous PETRONAS Twin Towers to be involved as well. Other iconic landmarks around the world such as the Taipei 101 tower in Taiwan and Dubai’s Burj Al Arab have already pledged their support for this cause”.

Meanwhile local celebrities have also joined hands together with WWF Malaysia to lend their support to drive this cause to the masses. Among celebrities and personalities who have confirmed their participation for Earth Hour are Zainal Abidin, Alex Yoong, Karamjit Singh, Stephanie Chai, Lina Teoh, Shebby Singh, Daphne Iking, Sharifah Amani, Sarimah, Sazzy Falak, Rina Omar, Aishah Sinclair and Lyn Lim. These celebrities will participate in promotional events leading up to Earth Hour. Malaysia’s very own famous film director, Yasmin Ahmad has been appointed as the Ambassador of Earth Hour. Her appointment is very appropriate with the movement’s theme of unity as her films echo the same message as well.

Even individuals have come forward to provide rallying assistance. Thanks to the generous effort of one of Malaysia’s corporate leaders – Dato’ Johan Raslan, President of Institute of Corporate Responsibility Malaysia (ICRM), many companies have come forward to pledge their participation in Earth Hour. Dato’ Johan said, “Supporting Earth Hour by switching off the lights is so simple to do. It is just a small step in the longer journey to raise awareness of climate change. By participating, corporate Malaysia is sending a resounding message that we are serious about sustainability”.

On the media front ASTRO, Media Prima and RTM have pledged to provide air time to run Earth Hour commercials and promotions while at the same time dedicating slots in their talk show programs to promote this initiative, with 8TV pledging to halt transmission of all programs for an hour. “8TV is honored to be part of this momentous event. As a leading media company, and more importantly as citizens of the world, it is our responsibility to help raise awareness towards the need to take action against climate change. 8TV is committed to the message of Earth Hour and will take its first step by reducing broadcasting time by one hour starting from the 1st of March 2009. And in support of Earth Hour 2009, for the first time ever in TV broadcasting history, 8TV will shut down TV transmission from 8.30pm – 9.30pm on March 28. This transmission shutdown, done during our peak prime-time hour, will send a strong message to all Malaysians about the need to slow down climate change.” said it’s 8TV’s Chief Executive Officer, En. Ahmad Izham.

Earth Hour has been a huge success – first in Sydney alone in 2007, and then globally last year and it is a testament to show that the simple act of people switching off their lights can make a resounding statement for a worthy cause.

Malaysians from all walks of life are strongly encouraged to be a part of this global movement and make a difference in the world that we live in. Sign up for Earth Hour at www.earthhour.org/malaysia and make a pledge to switch off your lights now.


______________________________________________________________________________________________

Pengurus Tesco mati ditembak perompak kedai emas


BUTTERWORTH, 18 Mac (Bernama) -- Seorang Pengurus pasaraya Tesco Extra Seberang Jaya mati ditembak manakala dua lagi cedera dalam satu rompakan di sebuah kedai emas yang terletak pasaraya itu di sini, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu mangsa S. Sathiasillan, 28, meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kecederaan di dada dan dagu manakala Pengurus Peruncitan pasaraya itu, N. Ilangohvan, 26, dan pengawal keselamatan kedai emas, Izat Hafiz Mohamad Saad, 27, cedera.Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata semasa kejadian, empat suspek yang bertopeng telah memecah pintu kaca kedai emas itu yang belum dibuka menggunakan tukul besi.

"Suspek berjaya melarikan 20 dulang emas yang dipamerkan dalam peti kaca kedai itu dan jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM250,000," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata selepas mengambil barangan kemas itu, salah seorang suspek menembak pengawal keselamatan kedai itu sebelum menembak Sathiasillan dan Ilangohvan yang baru tiba di kedai emas itu setelah dimaklumkan mengenai rompakan tersebut.
Ayub berkata suspek yang bersenjatakan sepucuk pistol melepaskan enam das tembakan.
"Empat kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian dan polis juga pendapati senjata (senapang) pengawal keselamatan yang cedera itu hilang," katanya.

Beliau berkata empat suspek itu melarikan diri dengan sebuah kereta Honda City dan sebuah motosikal bersama dua lagi rakan mereka yang menunggu di luar pasaraya itu.

Katanya lima pekerja yang sedang menyusun barang kemas ketika kejadian tidak dicederakan.

"Berdasarkan maklumat daripada pekerja kedai emas itu, polis percaya suspek merupakan warga tempatan," katanya.

Sehubungan itu, katanya polis melancarkan operasi bagi menjejaki semua suspek yang berjaya melepas diri.

"Kita akan lihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai itu bagi mengenalpasti suspek," katanya.

-- BERNAMA --


__________________________________________________________________________________________

Fishermen who caught whale shark may be fined


GEORGE TOWN: The four fishermen who caught a juvenile whale shark by accident on New Year’s Day may be fined – the fish is an endangered and protected species.

Penang Fisheries Department director Mohd Najib Ramli said statements had taken from the four and forwarded to the department’s legal unit in Putrajaya for further action.

“It is up to the unit. They may be compounded for catching the fish,” he said.
Mohd Najib said deep-sea fishermen should immediately release endangered or protected marine wildlife that got entangled in their nets.

He said fishermen should be alert and ready to act quickly to release such wildlife.


Final resting place: The carcass of the whale shark being buried at the Fisheries Research Institute grounds in Batu Maung, Penang yesterday.
“They should not leave it in the net.

“If the fish or animal had died while in the net, the Fisheries Department must be notified,” he said in an interview.

On Friday, the shark was caught in fishermen’s trawl nets 10 nautical miles off Teluk Ba- hang.

The 7m-long fish got entangled in the nets at 3am. The four fishermen later returned to shore in Teluk Bahang, with the fish, at 5.30am.

The two-tonne whale shark was surrendered to the state Fisheries Department and hauled to the tuna landing port in Batu Maung by fishing boats on Friday eve- ning.

It was transported to the Fisheries Research Institute (FRI), where it was buried at 3.20pm yesterday – minus its fins and part of its tail.

Najib said the parts cut off would be sent to the Turtle and Marine Ecosystem Centre (Tumec) in Terengganu for research.

“In about one month, we will take out the whale shark’s bones and send them to Tumec where they will be put on exhibition,” he said.

The whale shark (Rhincodon typus) is a filter-feeding shark known for its playful character. It is the largest living fish that poses no harm to humans.

(Sumber Star, Sunday January 4, 2009 )


_______________________________________________________________________________________________

Dungun mempunyai kelebihan tersendiri


BERNILAI.... Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu, Datuk Za'abar Mohd Adib (tiga dari kanan) memperkatakan sesuatu kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Zainal Abidin Husin (tiga dari kiri) mengenai tangkapan peserta kategori Laut sambil disaksikan Pengarang Kumpulan Berita Harian (dua dari kanan), Datuk Manja Ismail dan Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Bernas, Roslan Othman (kanan).
KUALA LUMPUR: Sebut saja Dungun, terkenang akan kita lombong bijih besi yang terkenal pada tahun 1940-an, namun ia hanya tinggal sebagai kenangan. Namun, daerah ini sudah berubah wajah apabila mula dikenali sebagai destinasi pelancongan pesisir pantai, selaras dengan kempen kerajaan 'Tahun Melawat Terengganu 2008'.

Menariknya, Dungun ialah keindahan pantainya yang paling panjang di Pantai Timur Semenanjung, manakala pulaunya pula kaya dengan pelbagai khazanah laut seperti ikan, batu karang serta hidupan lain yang sering menggamit akan kehadiran pengunjungnya. Di samping hasil laut segar seperti ikan, udang dan sotong yang boleh dibeli terus daripada nelayan yang berlabuh di tepi pantai setiap awal pagi mahupun lewat petang.
Tidak hairanlah daerah dan perairan Dungun kini menjadi satu aset pelancongan yang tinggi dan tidak ternilai kerana ia diiktirafkan antara lokasi terbaik aktiviti memancing, perlumbaan bot laju serta aktiviti air lain. Pantainya masih belum tercemar manakala pasirnya bereana keemasan dan putih bersih.

Kalau dulu Rantau Abang yang terkenal dengan pendaratan penyu. Selain Teluk Bidara dan Teluk Lipat yang lokasi memancing pantai terbaik di Semenanjung. Tidak hairanlah, setiap hujung minggu ada saja pertandingan memancing yang dianjurkan penduduk tempatan, agensi kerajaan ataupun syarikat luar.

Menurut pemancing dan nelayan tempatan musim ikan paling banyak ialah selepas tengkujuh iaitu antara Mac hingga Oktober. Ikan gred A seperti tenggiri, gerung belang, kerapu, kaci, gelama papan, pari dan ebek menghuni perairannya.
Antara lubuk yang dikatakan tumpuan tenggiri termasuk Lubuk Karang Tanjung, Batu Mat Ali, Kapal Kain, Karang Berolok, Batu Mega, Batu Kuing, Terbit Api, Rabong, Karang Reba, Karang Jara, Batu Bubu, Kapal Jara, Batu Lintang, Batu Aya, Kapal TV dan Mat Rodat.

Kebanyakan lubuk tenggiri berada di sekitar Pulau Tenggol yang jaraknya kira-kira 20 batu nautika dari Jeti LKIM Kuala Dungun dan kemudahan bot untuk disewa pemancing menjadikan perairan ini sering menjadikan tempat mereka melepaskan gian memenuhi hobi berkenaan.

Malah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Zainal Abidin Hussin, yang ditemui ketika GP Joran Dungun baru-baru ini, mengesyorkan supaya dianjurkan pertandingan memancing tenggiri bertaraf antarabangsa khusus untuk memancing tenggiri Dungun. Cadangan itu dilihat dapat menaikkan nama Dungun sebaris dengan Rompin yang terkenal dengan Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) yang masuk tahun keempat penganjurannya.

Beliau mencadangkan pertandingan antarabangsa tenggiri menggunakan kaedah tradisional iaitu menghanyut umpan atau apungan belon. Tidak kurang juga menunda menggunakan gewang memandangkan ikan plagik ini amat agresif melihat benda yang bergerak di air lalu menyambarnya.

Perairannya yang berpasir, menjadikan ia amat sesuai untuk sotong bertelur antara April hingga Ogos. Peluang ini diambil sebaik mungkin penduduk kampung dan pelancong luar untuk mencandat sotong yang bagaikan satu pesta dengan layaknya. Inisiatif kerajaan negeri mengisytiharkan sepanjang tempoh itu sebagai pesta mencandat dan menjadikannya sebagai acara tahunan, nyata mendapat sambutan pengunjung termasuk pelancong asing yang turut serta mengambil bahagian.
(Sumber Joran, Berita Harian)


_________________________________________________________________________________

60 merah, kerapu Sarawak serah diri


Oleh Zahari Jaafar
MENYALA: Rahmat Oli Mohamad, beraksi dengan ikan merah pucat seberat 6 kilogram yang ditewaskan ketika ekspedisi ke perairan Sarawak, baru-baru ini.
MENYALA: Rahmat Oli Mohamad, beraksi dengan ikan merah pucat seberat 6 kilogram yang ditewaskan ketika ekspedisi ke perairan Sarawak, baru-baru ini.

KUCHING: Perairan di sini destinasi wajib penulis dan rakan dalam GZJ Anglers Team kerana banyak menyimpan lubuk terbaik yang dihuni ikan bermutu tinggi.

Ini mendorong trip akhir Mei lalu membabitkan penulis dan sembilan rakan dari Kuala Lumpur dan Johor selepas kejayaan trip pertama Mac lalu. Trip diuruskan Wan Amildin dari Johor Bahru yang bertindak sebagai ketua kontingen.

Selepas semua sedia, kami segera menuju ke jeti Santubong, terletak di bawah Jambatan Santubong. Apabila semua berada di atas bot, Wan Amildin memberi isyarat kepada tekong dan perlahan-lahan bot meninggalkan jeti.

Lubuk pertama kami kunjungi kira-kira 80 batu nautika dari jeti. Kami tiba di situ kira-kira jam 11 malam, sasaran utama ialah memancing tenggiri. Umpan ikan tamban beku seberat 40 kilogram (kg) dikeluarkan dari kotak. Penggunaan perambut kabel sepanjang dua jengkal adalah satu kemestian kerana tenggiri bijak memotong tangsi. Kabel berkekuatan 50 paun sudah mencukupi dan diikat kepada dua mata kail. Kaedah pancingan hanyut dilakukan dengan empat pemancing mengambil posisi di bahagian belakang.

Kedengaran kuat kekili Daiwa Expedition 6500 milik Badrulsham menandakan umpan dilarikan ikan. Beliau terus merentap joran untuk memastikan mata kail menembusi rahang mangsa. Pada mulanya ikan memecut laju akhirnya menyerah kalah kepada pemuda dari Alam Damai itu. Penulis segera menggancu mangsa dan ternyata pembukaan yang baik apabila seekor tenggiri skala 7kg tumpas.

Selang 10 minit, giliran Wan Amildin apabila kekili Shimano Tekota menjerit nyaring. Beliau yang dianggap sifu tenggiri tenang mengawal mangsa dan tumpas lagi seekor tenggiri skala 6kg. Ikan lain memang sukar dipancing di situ kerana tukun ini dibina oleh tekong untuk spesies tenggiri saja. Keadaan laut yang tidak berarus merencatkan usaha memancing sebanyak mungkin tenggiri. Cuma Badrolsham sekali lagi menewaskan seekor tenggiri 5kg sebelum pagi menjelma menjadikan jumlah terkumpul tujuh ekor.

Menjelang siang tekong meneruskan perjalanan dua jam lagi untuk ke lubuk ikan merah. Sauh tidak dijatuhkan, sebaik saja bot tiba di situ, tekong memberi isyarat dengan membunyikan hon. Tan di kanan belakang bot terus menyentap kuat jorannya sebaik saja umpan mencecah dasar. Jorannya membengkok tunduk ke laut. Karauan demi karauan dilakukan. Akhirnya seekor ikan merah pucat skala 5kg terus disauk oleh pembantu bot - Bob.

Ketika Tan sedang menggarau kekili, Uncle Lim turut menerima tekanan dari bawah apabila umpan tamban dilarikan mangsa. Beliau turut menewaskan ikan merah merah pucat saiz sebaya. Di lubuk itu, lima ekor merah ditewaskan oleh Wan Amildin, Toskhan dan penulis. Apa yang mengejutkan kami ialah saiznya ikan merah di sini semuanya purata 5 hingga 6kg.

Perjalanan diteruskan. Setiap lubuk yang disinggahi sudah pasti ada saja merah yang dinaikkan. Setiap lubuk kami berhenti antara lima hingga 10 minit saja. Tekong berkata, setiap lubuk yang beliau singgah memang dihuni oleh spesies ikan merah yang dikenali ‘merah lubang’. Ini kerana keadaan lubuk adalah dasar yang lekuk seakan-akan lubang,

Aktiviti malam kedua diteruskan untuk memancing tenggiri. Memang menjadi rutin kami hanya memancing tenggiri pada waktu malam dengan kaedah hanyut dan jigging. Tetapi faktor ketiadaan arus menyebabkan tenggiri sukar menyambar jig. Rahmat mendahului rakan lain menaikkan tenggiri 5kg di tangan pemilik rangkaian kedai emas KM Oli Mohamad ini. Beliau tersenyum puas kerana itu kali pertama beliau menewaskan tenggiri Sarawak. Malam itu hanya enam ekor tenggiri ditewaskan.

Hari terakhir tekong mengubah haluan menjejaki lubuk kerapu pula. Kaedah tetap sama iaitu tidak melabuhkan sauh. Sebaik tiba di lubuk, kami berlumba-lumba menurunkan umpan. Tajuddin Asia menjadi orang pertama menewaskan seekor kerapu pinang seberat 4kg dan diikuti Rahmat. Lubuk itu terdiri daripada struktur batu karang. Penulis menaikkan ikan kaci dan rata-rata pemancing berjaya menaikkan ikan. Tajuddin Asia lebih bertuah kerana berjaya menaikkan merah 4kg serentak dengan kaci saiz sama apabila menggunakan perambut apollo dengan dua mata kail.

Trip tiga hari dua itu dianggap berjaya walaupun faktor ketiadaan arus membataskan misi memburu lebih banyak tenggiri.

Umpan ikan tamban busuk nampaknya berjaya memujuk ikan memakannya. Apa yang menggembirakan kami ialah saiz ikan merah diperoleh kali ini rata-rata antara 5 hingga 7kg.

Sebanyak 33 ekor merah, 30 ekor kerapu, 13 tenggiri dan lima ekor kaci di samping jenahak dan jemuduk dibawa pulang.

Pemancing yang berminat merasai tarikan ganas merah Sarawak, hubungi Wan Amildin: 012-7091565.

(Sumber Joran, Berita Harian)




___________________________________________________________________________________________

KERAPU SABAK


GERGASI: Mahat Musa memapah ikan kerapu seberat 18 kilogram yang menelan umpan kurita hidup di perairan Sabak Bernam yang bakal menjadi gelanggang Kategori Laut GP Joran 2008, esok dan lusa.
SABAK BERNAM: Kejayaan trip pertama bulan lalu menarik minat ahli Persatuan Memancing Shah Alam (PMSA) untuk turut sama memburu spesies ikan gred satu yang menghuni perairan Sabak Bernam.

Selain penulis, turut serta ialah lima pemancing PMSA diketuai Mahat Musa serta empat pemancing dari Kuala Lumpur yang bergabung tenaga menjayakan misi. Bagi Mahat yang juga peserta tetap Kategori Laut bagi Karnival GP Joran mahu menjadikan trip ini sebagai latihan pemanas badan sebelum memulakan cabaran, mulai esok.

Awal pagi, kami singgah sebentar di Pasar Awam Sungai Besar untuk membeli umpan kembung dan sotong segar. Hari itu kami bertuah kerana ada rakan membawa sotong kurita hidup sebagai umpan tambahan.

Bot pancing Dolphin 1 yang dipandu Tekong Aha meluncur laju meninggalkan jeti menghala ke utara menuju lubuk pertama yang memakan masa 2 jam perjalanan.

Umpan sotong seekor segera diturunkan untuk memikat tetanda, kerapu dan pari yang sememangnya banyak di sini. Nasir menjadi pemancing pertama mendapat ikan. Seekor kerapu bersaiz 2 kilogram (kg) menjadi pembuka tirai sesi memancing itu. Azmi yang berada di posisi tengah menewaskan tetanda 1kg. Harapan mendaratkan ikan besar tidak kesampaian kerana hanya anak kerapu dan tetanda diperoleh sekali gus memaksa tekong berpindah lokasi.

“Sebenarnya ikan di perairan ini memakan umpan tidak mengira masa asalkan ada arus di bawah. Bagaimanapun kebanyakan ikan bersaiz besar membaham umpan bermula jam 5 petang hingga 7 pagi,” kata Mahat.

Di lubuk kedua, keadaan bertukar ceria apabila pancing Awe mengena pari seberat 23kg. Beliau yang banyak pengalaman hanya memerlukan 15 minit menjinakkan mangsa. Selang beberapa minit giliran Sudin menerima sentapan penghuni tukun. Kelihatan joran beliau membengkok tunduk ke laut tetapi tiada aksi melawan daripada ikan. Seekor tenggiri seberat 8kg menjadi habuan pemuda dari Kuala Kangsar itu.

Memandangkan arus laju, semua pemancing berehat terlebih dulu dan ada rakan yang tidur.

Sebelah malam, Aha melabuhkan sauh di lubang di kedalaman 60 meter. Setelah dipastikan bot berada di posisi terbaik, satu persatu umpan sotong seekor dan sotong kurita hidup dihulurkan ke bawah.

Tiba-tiba, joran Penn milik Mahat melendut disentap kuat ikan di bawah. Kekili diputar, joran melendut. Mangsa masih tidak muncul.

“Ini mesti kerapu. Semacam saja dia lawan,” kata Mahat sebelum pertarungan antara kekuatan ikan dengan kepakarannya bermula. Kira-kira 10 minit kemudian, kerapu seberat 18kg dinaikkan ke dalam bot.

“Kalau macam ini punya besar ikan yang aku naikkan, sudah tentu aku dapat nombor 1 dalam GP Joran nanti,” katanya.

Bagi penulis yang sudah lebih 10 tahun memancing di perairan ini mengakui ikan di sini tidak memilih umpan. Kalau kena lubuk, sotong pasar pun dirembat ikan. Yang penting, tekong perlu rajin berpindah lubuk jika ikan tidak makan.

Bermula dari saat itu, joran masing-masing mula dijamah ikan. Keadaan menjadi kelam-kabut dengan suasana riuh-rendah apabila jenahak dan kerapu silih berganti dinaikkan ke dalam bot.

Selain jenahak dan kerapu, di sini kami turut memperoleh gerut-gerut, aruan tasik, kaci dan tetanda.

Penulis tidak mengamalkan sebarang petua sebaliknya penggunaan teknik dan peralatan yang sesuai selain lubuk yang berpotensi serta menggunakan umpan segar.

Bagi penggunaan mata kail, penulis mengesyorkan pemancing menggunakan bersaiz sederhana iaitu 3/0 atau 4/0 kerana saiz mata kail itu amat efektif, bagaimanapun ia terpulang kepada jenis umpan dan saiz ikan yang dipancing.

Sekiranya memancing ikan gerut-gerut, gunakan mata kail bersaiz 2/0 atau 19 manakala umpan hirisan kembung dipotong kecil dan memanjang.

Bermula Mei lalu, musim memancing ikan senohong bermula di perairan ini sekali gus ini berita baik untuk peserta GP Joran Selangor yang dijadualkan berlangsung esok dan Ahad ini. Berminat menyertai penulis, hubungi: 012-2116149.
(Sumber Joran, Berita Harian)


________________________________________________________________________________

Tangkapan lumayan jika tidak mandi?


Oleh Nuri Angkasa
ADA sesetengah berpendapat bahawa selama mana memancing, kita dilarang mandi atau menukar pakaian kerana perubahan ini boleh menjejaskan tangkapan ikan. Apakah ini sesuatu yang melucukan? Apakah asas dan rasionalnya? Ketika kita mengejar perubahan dan melaksanakan pembangunan negara dengan teknologi moden sekarang, tindakan tidak mandi atau enggan menukar pakaian ketika ekspedisi beberapa hari di laut pastinya mencetuskan keadaan kurang selesa.

Pak Nuri percaya, ramai pemancing sekarang tidak mahu cara lama itu diamal atau dijadikan petua. Tetapi apa pula pendapat seorang tekong lama yang sebelumnya veteran nelayan dari Umbai, Melaka yang kini sudah berusia 90 tahun. Beliau masih kelihatan berdaya lagi jika diajak turun memancing di Pulau Besar. Beliau mahu dikenal sebagai Tok Deris Serkam ketika ditemui di warung ikan bakar Serkam Laut.

Beliau tidak menolak amalan nelayan dulu yang tidak mandi ketika memancing. Katanya, itu adalah petua yang sering diamalkan kerana sampan dulu kecil dan sempit yang tidak membenarkan kita berdiri atau bergerak bebas apa lagi untuk mandi. Malah jangka masa turun ke laut pun tidak melebihi 24 jam. Justeru, mereka tetap menganggap peluang untuk mandi ketika turun di laut tidak berlaku.

“Sekarang dah banyak berubah. Bot dah besar macam kapal. Lebih dari sepuluh orang boleh turun memancing dalam satu masa. Ada dapur masak. Ada tandas, tentu saja boleh mandi,” kata Tok Deris Serkam sambil ketawa dengan mempamerkan dua batang gigi yang masih bertahan tetapi mata dan pendengaran masih baik.

Mengaitkan mengenai bau dengan ikan di laut yang dianggap ada sentuhan halus yang kita sendiri tidak tahu, Tok Deris agak sukar untuk menidakkan hubungan bau itu kerana mereka (nelayan) dulu memang tidak mandi tapi tangkapan ikan memang lumayan, ikan memang banyak.

“Ini terpulang kepada keyakinan dan kepercayaan seseorang. Rezeki bukan di tangan kita. Allah yang menentukan dan tentunya tidak berkait dengan bau badan yang tidak mandi atau dengan mandi berpuluh kali,” kata orang tua itu lagi.

Namun pandangan Pak Nuri adalah lebih baik pemancing di laut yang melakukan ekspedisi memancing tiga hari dua malam harus berada dalam keadaan selesa dengan pakaian bersih supaya kita dapat bertahan lama untuk melakukan aktiviti memancing.

Justeru berpandukan faktor ini, kepercayaan bau badan daripada pemancing yang tidak mandi boleh dikaitkan dengan sentuhan halus dengan ikan dalam laut itu ternyata tidak boleh diterima pakai bagi generasi sekarang yang turun memancing dalam bot besar dan lengkap pelbagai kemudahan. Namun petua lain yang masih relevan perlu diamalkan demi keselamatan diri dan kumpulan kerana petua adalah yang terbaik jika diamalkan.


______________________________________________________________________________________________

SETH Syamin menunjukkan ikan merah tanda yang dipancing di perairan Desaru, dua minggu lalu. Spesies sama menjadi tumpuan peserta Karnival GP, Joran 2008 di Sedili, Sabtu ini.


KUALA LUMPUR: Tidak kira air pasang kecil atau besar, kalau ada sedikit arus sudah pasti pemancing tidak pulang tangan kosong, sebaliknya bakal memperoleh tangkapan lumayan terutama ikan gred A, kata pemancing tempatan, Shaari Ahmad, 46.

Beliau yang sudah lebih 20 tahun memancing di perairan Tanjung Balau hingga ke Karang Luas, mengakui lubuk di sekitar Sedili, Desaru dan kawasan berhampiran kaya spesies kerapu, merah tanda, kaci, ikan merah serta udang kara.

“Ikan di sini tidak memilih umpan, kalau kena tempat sotong pasar pun disambar ikan. Yang pasti, pemancing perlu peka keadaan air. Jika ada arus sedikit dan batu ladung bersaiz 12 jatuh boleh jatuh atas karang maka peluang memperoleh laba lumayan amat cerah.

“Tetapi, jika batu 12 boleh hanyut atau langsung tiada arus, maka pemancing jangan harap kerana ikan tidak akan keluar daripada tempat persembunyiannya. Waktu memancing tidak kira, yang penting mesti ada arus di bawah air,” katanya.

Shaari berkata, ini dibuktikan apabila beliau bersama Seth Syamin, Samud Khanak, dan tekong Rosli Joned, turun memancing minggu lalu dan hasilnya satu tong Coleman penuh diisi merah tanda serta beberapa spesies lain.

“Seronoknya, setiap kali umpan dihulur disambut dengan ragutan keras merah tanda, sesekali kaci atau ikan merah. Ikan tenggiri ada di perairan di sini, tetapi jarang makan pancing kerana dipukat nelayan tempatan,” katanya.

Beliau berkata, pemilihan perairan Sedili sebagai lokasi Kategori Laut pada Karnival Memancing GP Joran 2008 esok oleh Berita Harian bertepatan kerana ketika itu air pasang besar dan sedikit berarus, memungkinkan ikan gred A keluar daripada persembunyian.

“Difahamkan sejak beberapa minggu lalu, ramai nelayan meraih laba lumayan apabila berjaya memperoleh tangkapan sekitar RM500 hingga RM600 semalam. Ia menunjukkan Karang Luas banyak ikan ketika ini. Jika tiada aral, pemancing juga boleh memperoleh tangkapan yang sama,” katanya.

Bagi pemilihan mata kail, Shaari mengesyorkan supaya pemancing menggunakan saiz 2/0 atau 3/0, manakala panjang perambut pula dua depa.

“Saiz mata kail itu amat efektif, bagaimanapun ia terpulang kepada kesesuaian atau keserasian pemancing sendiri,” katanya.
6 May 2008 ( Sumber: Joran Berita Harian )


______________________________________________________________________________

PERUT IKAN PERLU DIBUANG SEGERA..


Oleh Nuri Angkasa
KALANGAN ahli keluarga kaki pancing tentunya mengharapkan rezeki lumayan yang bakal dibawa oleh pemancing dari laut. Mereka pasti membayangkan ikan segar dan masih terasa manis untuk dijadikan lauk. Justeru, cara terbaik bagi pemancing ialah menyediakan tong air batu yang sempurna supaya rezeki tangkapan sentiasa segar ketika berada di laut dan selama tempoh perjalanan balik ke rumah.

Perkara ini tentu tidak menjadi masalah besar kerana tong ikan yang dibawa oleh setiap pemancing dapat menjamin kesegaran ikan melebihi tiga hari. Namun apa yang perlu diingatkan ialah ikan yang dibawa pulang tidak dapat bertahan lama dalam ais yang mudah bertukar menjadi air yang tidak dapat menjamin kesegaran ikan jika berada terlalu lama di laut.

Oleh sebab itu, sebaik saja anda tiba di rumah ikan terpaksa disiang dengan bersih, manakala ikan yang bersaiz besar anda boleh lakukan dua cara untuk menyiangnya. Pertama, anda perlu buang perut dan basuh dengan bersih. Perut adalah tempat paling sensitif bagi ikan yang dibawa dari laut atau sungai. Ia tidak dapat bertahan lama walaupun disimpan lama dalam peti ais.

Tempoh melebihi 48 jam akan menyebabkan perut ikan busuk dan proses itu meresap pada bahagian isi dan pastinya ikan berkenaan tidak segar lagi.

Langkah terbaik, anda mesti mengosongkan tong ais sebaik tiba di rumah. Kemudian ikan mesti segera disiang dan basuh dengan bersih lalu dibungkus dengan surat khabar dan simpan dalam peti ais bahagian pembeku.

Jangan amalkan menyimpan semula ikan yang sudah disiang dalam tong ais yang berisi air ais yang mencair walau pun tahap sejuknya dapat menyegarkan ikan.

Jika terpaksa membuat pilihan kedua atas sebab peti sejuk sudah penuh dengan ikan, anda perlu membeli ais ketul yang baru dan masukkan ais berkenaan dalam tong yang sudah dibersihkan. Kemudian masukkan ikan yang sudah disiang dalam tong berkenaan. Tutup dengan guni bersih di atas timbunan ikan sebelum menutup rapat tong berkenaan dan jangan dibuka lagi selepas itu, kecuali ada sebab tertentu.

Ini adalah petua terbaik bagi mengekalkan tahap kesegaran ikan supaya dapat bertahan lama melalui ketul ais yang padat dan bukan direndam dalam air yang sudah sejuk.




____________________________________________________________________________

JORAN SEBATANG CUKUP UNTUK TEROKAI LAUT


Oleh Nuri Angkasa
KITA sering berdepan dengan kerenah nafsu hingga mendorong dan mendesak kepada hasrat untuk membawa seberapa banyak peralatan ketika turun memancing. Akibatnya, perkakasan itu memenuhi segenap ruang dalam bot atau dalam kereta dan van ketika dalam perjalanan ke jeti.

Ada sesuatu yang menarik ketika Pak Nuri berbual dengan seorang pemancing veteran dari perkampungan nelayan di Besut, Terengganu baru-baru ini. Dia hanya cuma membawa beberapa peralatan memancing yang difikirkan perlu untuk satu-satu masa. Cara ini sudah tentu dianggap lebih selesa dan kita tidak perlu memikirkan untuk membuat pilihan yang terlalu banyak ketika di atas bot.

Sikap dan amalan ini dianggap paling sesuai. Justeru, Pak Nuri mencadangkan kepada semua kaki pancing terutama kaki pancing udang galah di sungai supaya tidak mengamalkan membawa joran pancing sehingga sepuluh batang yang diikat dalam satu berkas macam kayu api!

Adalah lebih sesuai dan munasabah dengan menggunakan dua batang joran saja jika memancing di laut. Malah sikap membawa terlalu banyak joran juga dirasakan tidak selesa jika joran disambar ikan serentak.

“Tentu kelam kabut dibuatnya,” kata pemancing veteran itu yang mendapat gelaran Pokde Deris sambil menggayakan dua belah tangan menjulang joran pancing.

“Habis (kalau terlalu banyak joran) macam mana nak gulung tali?” katanya sambil ketawa besar mengingatkan peristiwa benar yang berlaku pada dirinya ketika muda dulu.

Sambil meletakkan dua batang joran lamanya di lantai serambi rumah, dia menggeleng kepala kerana terlepas dua rezeki yang sudah berada dalam tangan kerana tidak dapat mengawal kedua-dua jorannya dengan baik.

“Kalau satu joran, kata adat dah tentu mangsa dapat didaratkan. Tetapi ada yang tamak maka rezeki terlepas begitu saja,” suaranya kesal lalu mengingatkan kepada semua kaki pancing supaya tidak menggunakan joran pancing lebih dari dua batang dalam satu-satu masa.

Cara ini juga tidak menyusahkan rakan pancing yang lain selain tidak banyak tali yang dilabuhkan ke dasar yang boleh mengundang tali tersangkut antara satu sama lain dalam keadaan arus yang kadang-kadang bertukar sekelip mata.

Justeru, daripada pengalaman Pokde Deris adalah lebih jelas dan baik untuk kita menjadikan petua amalan dengan membawa peralatan memancing secara terhad demi memberikan keselesaan kita yang hendak memancing dan tidak mengganggu rakan pancing yang lain. Ini sekali gus tidak membawa beban yang berat kerana tidak semua peralatan berkenaan di gunakan pada satu-satu masa.

Keselesaan perlu diambil kira untuk memancing bukan beban yang banyak di bawa ketika hendak turun memancing sama ada di kolam, tasik, muara mahupun laut dan sungai.

0 comments: