Thursday, May 8, 2008

Peralatan


RM12 jer harga dia, panjang lebih kurang 15 cm. Boleh digunakan untuk memotong tali semasa mengikat mata kail, mata pisau nie memang tajam tahap maksimum. Kalau nak guna untuk potong isi ikan untuk dibuat umpan pun boleh. Saiznya yang kecil dan boleh dilipat membolehkan ia mudah disimpan di dalam poket seluar semasa memancing. Mana la tau kalau-kalau ikan 9 - 10 kilo sangkut kat mata kail dan terus tarik u bersama mesin dan rod ke dalam laut, boleh la guna pisau nie untuk memotong tali pancing anda.... kalau tak potong nanti ikan tu tarik u pegi tengah laut, lagi susah kan...???
________________________________________________________________________

Parang Serbaguna
Ini adalah antara peralatan paling ganaz dan merbahaya yang diperlukan ketika keluar memancing. Tapi kalau setakat keluar mancing kat tepi kawasan rumah tu rasenya tak perlulah nak bawa peralatan ini. Takut kena tahan masa roadbock polis and terus kena charge membawa senjata merbahaya. Hanya sesuai digunakan kalau memancing dan berkhemah di kawasan jauh dari pekan atau bandar, contohnya kalau nak berkhemah sambil mancing Pantai Kerachut ( area Penang ). Kegunaannya...boleh tebang pokok untuk buat rumah... bolah potong kayu api, dan juga boleh menbunuh...eeeeee...takutnya. i beli parang nie kat Roadwalk ( Lorong Kulit Penang ) RM17 jer, panjangnya lebih kurang 1 kaki setengah. I dah asah parang nie bertalu2 dan memang tajam...

________________________________________________________________________

Pisau Pemotong Serbaguna
Peralatan keselamatan paling penting yg perlu dibawa semasa memancing....Pisau serbaguna....boleh memotong kayu untuk bakar ikan kalau kehabisan makanan masa memancing. jugak boleh digunakan untuk mempertahankan diri jikalau berlaku bahaya semasa memancing. Boleh digunakan untuk memotong tali perambut mata kail dan yang paling penting boleh digunakan untuk memotong isi ikan untuk dibuat umpan. I beli pisau ini dengan harga RM 12 jer, panjang pisau nie lebuh kurang 9 inch. Memang tajam kalau asah betul betul. Pernah 3-4 kali pisau nie makan tuan. Paling teruk luka sedalam 1/2 cm dan sepanjang 1/2 inch. Darah keluar memang banyakkk....eeee... sikit lagi nak pitam.
________________________________________________________________________

Ofmer SEXY 3000Specification :
Unavailable

Ini adalah mesin pertama i yang dibeli dua tahun lalu. Masa tu harga dia RM80 bersama rod Lemark berharga RM40. Beli kat kedai kat area Penang Road. I memang sayang dengan mesin nie. Boleh dikatakan paling serasi dengan i. Tangkapan besar ialah seekor kerapu berat lebih kurang 2 kg. Kalau nak dikirakan semua hasil tangkapan oleh mesin nie memang terlalu banyak. Mesin nie masih dapat berfungsi dengan baik. sebab 2 bulan sekali i buka semua part mesin nie... servis and pasang balik.
________________________________________________________________________
Banax SX2000
Features
* Aluminum housing with black anodized finishi for corrosion resistance
* 3 stainless steel ball bearings
* Brass pinion and brass drive gear
* Convertible sound / silent system
* Multi-disc drag system
* One touch folding handle with wooden konb
MODEL : 2000
Gear Ratio : 4.8:1
Bearings B/B R/B : 3
Weight(g) : 550
Line Capacity
(mm/m, Lb/Yd) : 0.40/190 14/315, 17/250

Mesin i yg kedua, beli lebih kurang 1 setengah tahun yang lalu. Harga masu tu RM100...mesin agak berat tapi kalau tarik bebanan yg berat...rileks jer, takda masalah. I beli mesin nie bersama dengan rod Seahawk 7 kaki ( solid ). Hasil tangkapan seperti biasa la., banyakkkk......tak terkira. Tapi 3 bulan selepas i beli mesin nie baru i dapat naikkan seekor ikan. Ambik masa 3 bulan untuk serasi dengan i...

________________________________________________________________________
Features
This reel well be very reasonable price.
Combines the quality and good design,
full range of features today's top angler demand

* Compact, light weight design
* 3 bearing system
* Magnetic brake system
* Aluminum forged spool
* Soft touch thumb bar
* Left hand version available

MODEL : ZEST
Gear Ratio : 6.2:1
Bearings B/B R/B : 2/1
Weight(g) : 220
Line Capacity : 0.24/220 0.29/150 6/240 8/160
(mm/m, Lb/Yd)

Gambar mesin Banax Zest bersama peralatan lain untuk memancing seperti rokok daun dan laptop untuk mengesan ikan di lautan. Ha ha ha....

Sebenarnya ini adalah mesin / reel i yang ketiga. Harga kat kedai area Pulau Pinang sekitar RM148 - RM 138. Tapi I beli dengan harga RM120 jer, tak tau la kalau u all boleh dapat lagi murah. Masa start beli i memang tak reti langsung guna mesin bait casting macam nie, baling umpan dan ladung mesti tali bersimpul-simpul. Berkat tunjuk ajar akan i, Mr Okuma _tpx akhirnya i dan pandai dalam teknik membaling umpan dan ladung guna mesin nie.

I beli mesin nie sekali dengan rod brand Lemark berharga RM100, tapi first mancing dengan mesin nie rod Lemark i patah...I tak tau apa masalahnya....mata kail tersangkut kat celah batu, tapi i tarik bukan kuat pun. Nak buat macam mana dah sampai ajal rod tu. So kesimpulan dapat dibuat bahawa mesin ini memang tak serasi dengan i. Hanya seekor kerapu saja yang dapat dinaikkan menggunakan mesin ini.

________________________________________________________________________
Features
Unavailaible

Ini adalah mesin i yang keempat. Brand Ramada... pernah dengar ker? i pun tak pernah dengar nama nie...upline i...merangkap tok guru pancing i yang beli mesin nie kat i. paling mahal pernah i guna....harga mesin RM10. upline i beli dengan rod apa brand pun i tak tau herga dia pun RM 10. Rasa macam sesuai untuk mancing udang jer. Tapi hasil tangkapan mesin nie memang lumayan jugak. kerapu tu memang wajib la... kalau kerapu besar 3 jari memang melentur habih masa nak tarik naik. Walau harga murah kalau kita guna dengan betul... ok jer. betul tak??
________________________________________________________________________
Features
Five ball bearings, plus a roller bearing
Infinite Anti-Reverse eliminates handle back play for solid hooksets
Chrome-plated one-touch folding handle
Free spare ABS aluminum spool

Model Number : RG3000-5iA
Action FW/SW : M/ML
Bearings : 5BB, 1RB
Gear Ratio : 5.3 : 1
Line Per Handle Turn : 31.1"
Wt. (oz.) : 11.50
Line Capacity
(Lb. Test/Yards)
: 8/240, 10/200, 12/170
Drag Max : 8.8

Actually...Daiwa Regal 3000 5iA adalah mesin yang kelima i. Dibeli lebih kurang sebulan yang lalu. Harga dia RM150, murah jer.....I beli mesin nie bersama rod 6 kaki Daiwa Jupiter Superior. Memang serasi dengan i, first time mancing dah naik 6 ekor kerapu. Memang smooth masa menarik hasil tangkapan guna mesin ini.

1 comments:

kreok said...

salam..sy nak crik mesin mancing..

agak2 diameter tali yg sesuai 0.4mm n panjang yg boleh muat dalam 200meter..harge dalam rm50-rm70..

ade x bro??

mesin yg jenis elok2 la k..