______________________________________________________________________________________________
Beginilah keadaan kalau lama tak memancing...
Sabtu 17/07/09, I dgn En. Melon telah pergi mancing kat Gertak Sanggul, atas sikit dari Teluk Kumbar. Planning dah buat 2 hari sebelum tu, macam biasa la kalau memancing dgn En. Melon, makanan mesti dia support manakala semua peralatan kecuali mesin ngan rod i yang support. Emm... kata nak jadi pemancing pro.... tapi mata kail and ladung pun tak pernah beli. Emm... bila la nak berubah mengikut arus kemodenan dunia memancing nie?? Tapi i tak kisah sangat, biasala kalau beli kelengkapan memancing i mesti beli lebih... untuk kekawan. Jam 6 pagi i dah bangun dan buat comfirmation ngan En. Melon, jumpa pukul 7.45 pagi kat bawah umah dia and terus bertolak ke lokasi. Kami bertolak awal sebab banyak tempat lagi nak singgah. Nak beli ais la.. batu ladung.. and ikan umpan.. I sampai kat bawah umah En. Melon tepat jam 7.44pagi.
Nak tau satu rahsia tak... Lepas setengah jam baru la kami bertolak dari umah En. Melon. Best jugak dok tunggu dia kat bawah tuu.. Nasib baik i ada bawa kertas and pen, boleh jugak catat statistik manusia yang lalu lalang kat area kejiranan tu dalam masa setengah jam. Statistik tu akan i jadikan rujukan pada masa akan datang ( syyhhhh.. jgn bagitau kat En. Melon.Sampai jer kat lokasi apa lagi pasang rod , mesin and mata kail and terus potong isi ikan nak buat umpan. Lokasi kali ni tak payah nak tracking lama sangat sebab dekat jer ngan tempat parking motor. lokasi kali nie redup sikit sebab ada banyak pokok... Ahhh... memang best bila dengar bunyi ombak...
Setelah hampir 1 jam memancing inilah hasil tangkapan pertama En. Melon.. anak kerapu yang comel. Disebabkan status beginner.. ikan kecil tu boleh disimpan untuk dibuat lauk. kalau dah pro kena lepas balik bagi ikan tu besar dan membiak. Tengoklah macam mana reaksi dia bila dapat pancing ikan setelah 3 - 4 bulan tak memancing. Rakusss...
Tangkapan kedua En. Melon, kerapu lagi sedikit besar dari tadi. lihat la.. aksi RAKUSSS lagi. I masih belum bawa naik ikan lagi, tak da rezeki, nak buat macam mana. ikan dok ragut mata kail tu memang banyak tapi tak sangkut la..
Dalam dok bawa naik kerapu, tiba-tiba tangkapan pelik telah dibawa naik oleh En. Melon. Sotong kurita, 1st time i mancing ngan kekawan dan lihat tangkapan macam nie.. Tapi i tak bleh makan sotong kurita and ikan murah-murah.. alergik...
Lepas 2 jam mancing dapat jugak i bawa naik kerapu sekor, dalam dok baling mata kail dengan niat nak bawa naik kerapu 3 kilo.. anak todak asyik dok kacau jer mata kail i semasa di tarik ke daratan. Apa lagi fokus terhadap kerapu dah semakin kurang... aku nak bawa naik ikan todak tuu.... apa lagi memancing todak la kali ni. tarik punya tarik sangkut jugak sekor ikan todak malang nie. Haaa.. memain lagi ngan aku. Sentapan ikan todak nie agak kuat jugak. U all kena guna mata kail yang kecil, baling mata kail and tarik balik supaya mata kail and umpan berada di atas permukaan air. Macam casting la. kalau ikan todak tu sentap umpan anda, biarkan jer, lepas sikit tali and bila dah agak lama dia dok tarik, apa lagi sentap jer, mesti sangkut punya laaa....
______________________________________________________________________________________________
Pengajaran
Masuk je area tu terus i pasang rod and mesin, sangkut umpan kat mata kail terus baling dalam laut la... memang rasa best jer dengan bunyi ombak. En. Abdullah pulak tengah sibuk ikat mata kail kat gelendong dia. Dari jauh i nampak lampu bot kat tengah laut.. Ahhh.. biasala nelayan... Settle jer En. Abdullah ikat mata kail dia terus baling jer mata kail ngan umpan dalam laut. Tak sampai seminit, tiba-tiba satu bot datang ke arah Jeti tu.. menuju ke arah kami. Ada dua orang dalam bot tu, Salah sorang orang dalam bot tu kata_______ Sekadar gambar hiasan. (kat sini la i kena halau)"
Dik... kat sini tak boleh memancing la... nampak tak sign board dilarang masuk " I dengan tenang pun jawab " Ehh.. betui ka bang, Ok... ok.. kami kluar ..ok.." Nak buat macam mana.. dah salah.. Nasib baik la di orang nie cakap and tegur dengan penuh kesopanan... i pun jawab dengan sopan jugak la... Apa lagi ia ngan En. Abdullah pun belah dari situ la... kemuadian pi kat area Queenbays nak sambung memncing, tengok orang ramai plak... Otak jadi blur tak tau nak pi mana. So.. keputusan terakhir di buat, BALIK TIDOQ.... ampai 5 pagi i tak bleh tidoq dok ingat kejadian tadi. i bangun and pack barang terus balik kampung kat Kedah.. Haaa... padan muka ikan2 kat Penang takbleh jumpa i.
______________________________________________________________________________________________
Kerapu Terbaru ku...
______________________________________________________________________________________________
Memancing Di Jeti Nelayan Batu Uban
________________________________________________________________________________
Projek Memancing tak menjadi...

Hari kedua kat kampung seawal jam 9 pagi, i dengan adik i bergerak pula ke Kuala Perlis, nak mancing kat muara sungai dekat jalan nak pergi ke Bintong.. Macam best jer tempat nie, siap ada sign board ikan besar tu... tapi takda rezeki jugak, sekor ikan pun tak sentuh umpan.
Orang yang lalu lalang kat situ pun ushar kami pelik semacam jer.... Apa lagi kami belah la.. On the way balik umah kami singgah kat Sungai Baru tempat kami memancing semalam. Ramai jugak yang memancing hari ni.. Ada jugak couple-couple yang tengah memancing, semuanya geng couple veteran. Pakcik-pakcik and makcik-makcik. Memang sehati sejiwa la mereka nie. Adik i bawa naik sembilang lagi, i tumpang bergambar jer. Kami memancing lebih kurang 2 jam jer, sebab kepala dah start nak sakit, panas sangat la beb....Kat bawah nie ialah hasil tangkapan yang siap untuk dimakan. Sembilang bakar...
________________________________________________________________________________
Bluebird Sunmelon..

________________________________________________________________________________
Stocktake Tesco Penang Hyper 9hb - 11hb Dec. 2008
reti nak budget order untuk barang -barang grocery. Tapi yang concern tu dia masih sayang sangat kat staff-staff dia tu.. Anyway banyak juga sumbangan dia untuk stocktake kali nie... Hari kedua stock take menyaksikan team Hardline terpaksa berjuang untuk mendapatkan result yang baik.
Pada malam kedua i masuk kerja malam dan incharge bahagian soft furnishing. Agak kelam kabut jugak proses pengiraan stock pada malam tu. Coorninator pada malam kedua ialah En Boopalan (LPM)... Macam bodoh jer dia buat kerja, asyik jalan ke hulu ke hilir jer ngan En Bhagwan, haaa...kena la, kawan baik tu. I tgk macam tak da coordinator langsung pada malam tu. Pukul 4.30 pagi pun bahagian top stock hardline belum scan. Lastly TM Night Team, En. Yusnizal turun padang la, scan top stock. Sepatutnya dia tak terlibat dalam proses stocktake ada malam tu. Dia kena cover proses replenishment barang kat grocery area. Yang paling best skali pukul 5.30 pg bleh plak Coordinator bodoh tu makan free kat kantin ngan Bhagwan, padahal kat floor masih lagi kelam kabut. Memang Bodoh..!!!
Dalam pukul 7 pagi i terpaksa balik sebab dah hampir 30 jam tak tidor, dalam pukul 8 pagi i dapat tau result Hardline shorted 3.47% vs target 1.87%.... memang meletup After recounting dapat last result shorted 2.87 % vs target 1.87%... Em... memang banyak jugak hilang barang....TAPI CONCERN I SATU JER... TAKKAN TAKDA SESIAPA DARI HARDLINE YANG DAPAT CUTI 2 MINGGU MACAM SEORANG SM HARDLINE DULU !!!??? PADAHAL SHORTAGE PADA KALI NIE LAGI TINGGI....Team Hardline start recounting sejurus lepas dapat result ( jam 8.00 pagi ) dan berlarutan sampai pukul 11 malam. Eeee...ngeri jugak dengar, pukul 11.30 malam baru diorang commit result. Masa tu mesti Azman D' SGM panas punggung tak senang duduk. Dalam proses stocktake nie boleh semua department kat Tesco terlibat, bukan bahagian operasi jer. Kat sebelah nie gambar Schematic guy, TL Abe, terbungkang atas sofa kantin. Keja malam le katakan, kali nie memang dia betul-betul kerja, bukan macam selalu kerja dia jalan ke hulu hilir tanpa arah tujuan. Hujung bulan dapat gaji.. ceh..!!! makan gaji buta. Gelagat dia kadang-kadang kalah kan SGM. Kalau ikut hati i suruh SGM transfer dia pi jaga housekeeping jer, baru padan muka.
Hari last proses stocktake melibatkan department Softline ( Apparel ), I tak terlibat pada hari ketiga stocktake sebab i cuti. Result untuk department Softline memang baik... 0.60% vs target 0.65% untuk first result. Tapi SGM suruh buat balik recounting untuk turunkan percentage, nak cover percentage Hardline yang tinggi tu. At last percentage untuk Softline turut jadi 0.45%. And total result untuk 3 hari proses stocktake ialah shortage 1.06% vs store target 1.01%. Maka dengan itu kami semua kena tunggu lagi 6 bulan untuk proses stocktake yang seterusnya.... Kat bawah nie ada sikit gambar staff-staff yang tertidur keletihan selepas bekerja keras menjayakan proses stocktake ini...
______________________________________________________________________________
Mari Make Up Myvi





______________________________________________________________________________
Projek Memancing di Kuala Sanglang
sekaligus. Atas ni gambar separuh dari hasil tangkapan.
Nie le tekong bot yang bawa kami ke tengah laut. Yang tengah duduk atas kerusi tu.. Dia buat part time jadi nelayan kat Kuala Sanglang. Bot dia parking kat blakang umah jer. Memang gila pancing jugak brother nie. Gua geram jugak brotjer nie, sebab dia asyik bawa naik ikan kerapu jer... Lastly i berjaya bawa naik kerapu terbesar pada hari tu... Kembang jugak idung i...
Ni pula gambar adik lelaki i dengan hasil tangkapan dia,lapan ekor sembilang dia bawa naik.. ceh! Lepas lebih kurang 2 jam memancing di tengah panas terik matahari... i pun dah rasa rileks semacam jer. dah takda rasa nak mabuk laut dah. Dengan lahapnya i terus minum air Coke yg i bawa. Sebelum nie i minum air mineral jer sebab Tekong bot kata tak bleh minum air bergas, nanti muntah. Mana bleh macam tu!!...depa semua minum rileks jerrr.... air Coke tu. Gua bengang la... lagi pun i yg beli air Coke tu!! Tak sampai lima minit terus jer rasa loya , rasa nak muntahh....on the spot 10 minit lepas tu i terus ajak depa semua balik. Tak tahan beb. Tapi takpa sebab hasil tangkapan dah banyak. Jangan tamak...ok
Hasil tangkapan sebelum dibakarrr....waaaaa.... Sampai jer kat umah, adik lelaki pun mulakan projek menyiang ikan. Siang separuh jer daripada hasil tangkapan. Malas la nak siang semua ikan tu. Lepas dibasuh adik i letak segala perencah yang sepatutnya, dan perah kejap lebih kurang 30 minit. Apa perencah yang dia letak i pun tak tau. Tapi ni la hasil nya.
Ni video masa proses membakar...guna cara kampung jer. Pakai sabut kelapa.
_______________________________________________________________________________
TAngkapan Terbesar En. Okuma
Last skali hero nie jugak la yang tolong Okuma... Aku la tu... I pegang tali pancing yg mampu menahan bebanan 30 pauns dan tarik gunakan tangan secara perlahan2. sikit-sikit ikan tu menyerah kalah sebab ikan tu tau i yang tarik tali tu. So ikan tu menyerah kalah ngan i la. Ikan tu berjaya dinaikkan 3 minit selepas tu. I tengok le muka Okuma, ceh !! berpeluh-peluh, terkejut dapat ikan besar. Sejuk-sejuk macam tu pun boleh berpeluh. Akhirnya sesi fotografi bersama ikan kerapu tu bermula. Di sebabkan jasa i menolong Okuma menarik naik kerapu dia... maka Okuma pun bagi kebenaran kat i untuk bergambar bersama ikan dia.
________________________________________________________________________
Stocktake Tesco Penang Hyper 09/06/2008 - 11/06/2008
Stock take pada tahun kewangan baru 2008 telah berlangsung dari 9/6/2008 sehingga 11/6/2008, dalam masa 3 hari ini semua stok didalam Tesco Hyper Penang yg bernilai kira-kira 9 juta akan dikira untuk mengenalpasti jumlah kehilangan stok sepanjang 6 bulan ia beroperasi. Pada hari pertama dua department akan terlibat iaitu department Grocery dan Fresh, hari kedua pengiraan stok akan melibatkan department Hardline dan hari terakhir ialah untuk department Softline( Apparel ).
________________________________________________________________________
WOW...En. Rizal and Big Fish
Hai...ni la masalah yang akan dihadapi jika dah gila memancing, pantang nampak ikan.. mesti nak bergambar, memang besar ikan yg di pegang oleh sipolan diatas. sebenar ikan tu entah Hamba Allah mana yang tangkap dan dihantar untuk dijual di Tesco.... Bila keluar jer dari trailer sejuk beku Tesco, terus nampak ekor ikan besar nie. Terus berebut2 nak bergambar...maklumlah tak pernah dapat tangkap ikan sebesar nie... Macam tu laaa...
________________________________________________________________________
Hari ini dalam sejarah 21/4/08



________________________________________________________________________
Gertak Sanggul 17/04/08
Haa.....lepas balik keja shift malam, buat promo tab change i dan 3 orang kawan terus kan projek mancing kat gertak Sanggul....mancing punya pasal sampai tak ingat nak tidor. Sampai sana dalam pukul 10.00 pagi. air baru start nak pasang. Umpan asyik habis jer tapi ikan tak naik-naik. Dapat la sikit anak kerapu....


________________________________________________________________________
Jeti Nelayan Batu Uban(07/04/08)




________________________________________________________________________
Hasil Tangkapan Projek Memancing (07/03/08)
Pagi Jumaat kawan i....call and ajak mancing kat Pulau Aman, Penang tp disebabkan cuaca tak mengizinkan kami tukar plan nak pi mancing Teluk Bayu. on the way ker sana kami stop beli umpan kat area seagate dan meneruskan perjalanan ker Teluk Bayu. Tiba2 bila smpi kat TNB seagate terus terdetik utk try mancing kat area belakang TNB tu. Memang hapenning jugak, tmpat cantik, air dalam, ikan memang banyak dan pelbagai...Kalau tak silap jambatan kedua Pulau Pinang dari Batu Kawan akan berakhir di situ....Tmpt tu memang berpotensi utk dijadikan pot mancing....Pukul 6.30 petang kami terus blah dari tmpat tu. Dah Maghrib....tak elok mancing waktu tu...

________________________________________________________________________
HARI TERAKHIR SALAH SEORANG KAKI PANCING DI TESCO PENANG (6 MARCH 2008)
Sdr Yusnizam telah di'promote' menjadi Section Manager in Training Promotion Displays Dept. dan telah ditempatkan di stor Baru Tesco Hypermarket Alor Star. Video nie adalah hari terakhir beliau di stor Penang dan telah di anugerahkan Value Award di atas sumbangannya kepada Tesco Penang. Dia nie memang sorang kaki pancing yg TEGAR....
________________________________________________________________________
GUA BENGANG SAMA LUUU.... (27 /11/07)

Hari ni 26 Feb 2008 i pergi la mancing kat pot biasa i....smpi sana pukul 8 pagi, air start nak surut. masa kerapu meragut umpan. tengah syok mancing and naik sekor anak kerapu tiba2 datang satu nelayan berhenti depan tmpt i mancing. i ok jer, ingat dia nak angkat bubu ker, dia senyum je. i buat tak tau jer. rupa2nya nelayan tu parking bot kat situ dan terus dok perbaik pukat dia. I start bengang skit....maka skill membaling mata kail dan umpan i terserlah, i baling mata kail dan umpan jatuh tepi bot dia. i baling then tarik....kalau ikut kan hati i nak letak batu ladung paling besar, nak baling bagi kena kepala dia. lepas 30 minit nelayan tu pun belah. Smpi kat rumah i memang tak boleh ingat nelayan tu la....GUA BENGANG SAMA LU....
salah sekor anak kerapu yg i pancing hari ini. kalau tak kerana nelayan tu mesti hasil tangkapan 2 - 3 kali ganda lebih banyak dr apa yg i dapat hari ni.
0 comments:
Post a Comment