Hari Khamis malam 29/1/09 i dgn kawan i, En. Fadli pergi memancing dekat Jeti Nelayan Batu Uban, pot mancing biasa i. Kami pergi berdua jer sebab geng lain semuanya kerja. Masa sampai jer air tgh surut, tersilap badget time la. So, kami mancing dekat rumah ikan yang nak hampir roboh tu dulu sebab air kat situ dalam sikit. Hasil mancing kat situ memang mengecewakan. Pakai umpan udang hidup pun tak dapat hasil jugak. Lebih kurang pukul 12 tgh malam air dah pasang dan kami pun ubah tempat la, mancing atas jeti terapung untuk pegi ke rumah ikan tu... Sambil mancing kami menjala udang untuk buat umpan. Memang ada ikan kat situ sebab ada makan umpan kami, tapi cuma tak sangkut kat mata kail je.
Lebih Kurang jam 2 pagi rod En. Fadli melentur-lentur di tarik ikan... ikan mengelupur dalam laut masa En. Fadli menarik ikan tu. Macam siakap jer.... Bila dah dekat dengan jeti barula nampak ikan tu ...Ikan Malung..hampir 1.5 meter.Lepas 30 minit, En. Fadli menaikkan Malung tu, rod dia tersangkut ikan lagi.. Arghh... memang rasa tercabar, sebab i tak bawa naik ikan lagi. Tengok2 naik pulak ikan kerapu, lebih kurang 600gm berat ikan tu. Emmm...gigit jari la i....
Ha ha ha ha ... untuk release tension i pun minta kebenaran dengan tuan empunya ikan tu untuk bergambar bersama ikan dia.. Macam mana dah bukan rezeki i, cuba lagi next time..
Friday, January 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment