Thursday, August 20, 2009

Staff Party @ Tesco Hyper 2009

Setelah lebih kurang 2 bulan merancang akhirnya tercapai juga hasrat untuk mengadakan Staff Gathering serta sambutan Birthday Baby untuk bulan Jun, Julai dan Ogos. Mula-mula cadangan tu nak buat kat Stallion Hotel tapi budget kurang la...Kalau tak silap i, budget cuma dapat RM2500++ jer. Kedekut punya Tesco. Kalau Giant mesti buat kat hotel punya la. Siap dapat support staff dari stor lain kalau ada grand dinner, ye la... nak pastikan semua staff dapat turut serta. Tapi kalau Tesco ...emmm susah la.Maka lokasi telah diubah di Hotel Car Park Tesco Hyper jer. Haa... tak payah bayar sewa pun.... Di sebabkan kegawatan ekonomi sambutan di buat secara ala kadar saja ( tapi kalau ekonomi tak gawat pun mesti sambutan ala kadar jugak ) Apa-apa pun sambutan malam tu tetap meriah.
Persedian pada hari tu telah bermula jam 2 petang oleh En. Yusnizal bersama bapa, ibu dan anak-anak buah beliau. Ada meja pulak pada majlis kali nie.. nampak macam grand jer. Pentas..?? macam biasa En. Din jadi ketua pasang pentas, guna bahan-bahan terbuang jer. Memang mesra alam la..Hiasan pulak di buat oleh Sdri Yanti and the Gang. Bleh tahan jugak hasil kerja diorang nie... Tema majlis kali nie ialah Red Nite. Why Red?? Why not Green Nite sebab dah nak puasa and raya kan? Bukan nak sambut Chinese New Year.. Mungkin disebabkan oleh kelengkapan untuk hiasan Tesco untuk CNY yang lepas masih elok lagi.. so gunakan semua kelengkapan berwarna merah tu untuk hiasan malam tu. Budget beb..!! budget!! nak buat macam mana.
Lebih kurang jam 6.30 petang, satu kerja yang amat mencabar dan hanya boleh dilaksanakan oleh golongan profesional telah bermula. Acara BBQ ayam yang disediakan oleh Staff meat Tesco... Nak nyalakan api dan membuat bara api mengambil masa setengah jam.. Bila semua dah siap, apa lagi jom bakar ayam la. gambar kat sebelah nie adalah anak didik realvista yang mengambil tugasan mem'BBQ'kan ayam. Muka ceria jer.. ayam-ayam yang dibakar tu banyak juga yang berwarna hitam, bukan hangus la.. saja jer nak bagi bahagian kulit tu tak boleh dimakan, bahagian tu la yang banyak lemak dan membahayakan kesihatan. Ramai jugak yang komplen, diorang tak faham sangat pasal kesihatan nie. Biar laaa..
Selain ayam BBQ... banyak lagi makanan yang ada pada malam tu, contohnya.. bihun goreng, sosej, nasi goreng dan sebagainya la. boleh kata semua makanan yang murah-murah ada la pada malam tu. Majlis ber mula dengan ucapan dari SGM, En. Azman dan diteruskan dengan pemberian value award di atas jasa-jasa yang diberikan oleh staff tesco. Bukan semua dapat la, salah sorang yang dapat value award pada malam tu ialah En. Yusnizal.. Memang banyak juga yang terima value award pada malam tu, tapi i rasa diaorang nie main tangkap muat jer nama penerima tu. Nak bagi ramai yang terima.. Berlakon semua tu..


Lepas jer acara pemyampaian value award, acara memotong kek untuk staff yang menyambut birthday pada bulan Jun, Julai and Ogos diadakan. Ramai jugak yang terlibat, maka diorang semua pakat-pakat potong kek ramai-ramai la. Semua nampak macam tengah mabuk jer. Antara acara lain yang berlangsung ialah acara karaoke, bukan pertandingan la.. tapi sekadar hiburan lagho jer. Pada malam tu SGM Azman telah dipaksa untuk menyampaikan sebuah lagu. Maka ter'sumbang' lah sebuah lagu dari Alleycats. Gambar dia tengah menyanyi i tak ambil la. buang masa jer.. Acara yang ditunggu-tunggu oleh semua staff bermula lebih kurang jam 9.30 malam. Ya... Acara cabutan bertuah.. banyak hadiah-hadiah yang diambil dari barang free gift dan barang yang sepatutnya kena buang diberi kepada staff. Ada jugak la hadiah lain yang menarik macam, kipas angin baru, Oven, iron dan lain.

Antara staff grocery yang hadir pada malam tu..


Setelah hampir 3 jam acara berlangsung, perut pun dah kenyang and cabutan bertuah semuanya dah tercabut.. maka ada satu pengumuman yang juga ditunggu-tunggu oleh semua. King and Queen of the night. Maka nama Queen of the night pun di umumkan... budak perempuan nie dari front end ntah nama apa pun i tak tau. Manakala King of the night pula diumumkan... Yaaa... tauke gula and tepung department grocery Mr. Vincent telah ter pilh. Sila rujuk gambar diatas. Memang ramai yang tak puas hati apabila nama Vincent diumumkan, tapi kalau tengok semua yang hadir pada malam tu, pakaian dia jer yang nampak memenyerlah pada malam tu.. Bukan apa diorang semua jeles ngan Vincent sebab dapat bersanding ngan aweks cun dari front end. gigit jari la dioarang semua nie. Majlis nie berlangsung sampai pukul 12.00tgh malam.

Tak habis cerita lagi.. akan bersambung....

0 comments: