
En. Azman Ramli.. telah memulakan tugas beliau sebagai SGM Tesco Hyper Penang lebih kurang 1 setengah tahun yang lalu. Sebelum nie beliau juga pernah datang ke Tesco Hypper penang untuk sesi field training sebagai SGM in training. Dia memang pernah jumpa i, tapi masa tu i termasuk dalam golongan budak-budak jahat lagi kat tesco. So memang beliau dah cop i sebagai budak jahat dalam fikiran dia. I ingat lagi masa minggu pertama sebagai SGM kar sini, dia pernah naik angin dgn i, padahal i tak buat apa-apa pun masa team 5 ( short meeting). I cuma berkomunikasi dengan Mr Vijay dari jarak jauh, beliau nampak..!! and mengeluarkan kata-kata nie...." U ada apa yang tak puas hati dengan i ker!! kalau ada cakap la sekarang..!!" nada dia memang tinggi, semua TM and SM terkejut juga. I buat bodo jer... biarla takkan nak melawan dengan orang tua kot... Sepanjang beliau kat Tesco Hyper Penang, memang banyak perubahan yang beliau bawa, malas i nak citer semuanya. tapi yang paling terserlah sekali ialah Backroom management. Backroom kat Tesco Hyper Penang memang tersusun lagi hingga dijadikan model store.
Majlis ringkas nie diadakan di Gerai Ikan Bakar dekat Batu Uban, bermula jam 7.30 malam 8/10/09. Mula-mula memang i tak nak pergi pun, sebab kena bayar RM20 plak untuk majlis nie. sama jer macam i pi makan sorang-sorang. Lain la kalau free, tapi bila fikirkan tak ada wakil dari Grocery Team i pun pergi la. Yang best nya siap HR manager bagitau Ms. Song( salah seorang manager Grocery) tak boleh pergi sebab dia kerja petang kena cover department. Tup tup tgk gambar kat bawah.....
Sampai jugak Ms Song nie... sebenarnya dia nak tugas shift dengan i, dia nak kerja pagi and pergi majlis makan malam nie, tapi i buat bodoh jer... i kerja ikut jadual jer. kalau pagi kerja pagi la.. buat apa nak tukar. Biasa la, dia nie kabel memang kuat dengan HR manager. macam 2 beradik. Yang bestnya Duty Manager Store pun join jugak, habisss, sapa yang jaga store.. Housekeepping?? Team Leader Grocery or Promoter?? No Komen la....
Menu malam tu memang best jugak.. semuanya makanan laut. Alamak.. i kan allergik dengan makanan laut , kalau makan udang, sotong, ketam dan lain-lain mesti satu badan gatal. disebabkan Rm20 i kuat kan semangat and makanla sepuas-puasnya.. Antara menu malam tu ialah Siakap Tiga Rasa, Siakap Bakar, Tomyam Campur, telur dadar, kailan ikan masin sotong tepung and minuman plak Jus oren and Honey Dew. Gambar kat atas nie jelas menunjukkan Mr Vijay sedikit stim-stim sebab mabuk minum jus oren.. biasa nya dua orang sahabt baik nie kalau pi parti mesti ada Chivas Regall punya... skali kali dia dapat jus oren jer... Besstttt...
Kisah dua orang nie lagi best..mereka berdua telah datang bekerja pada petang 7/10/09 dan dengan pakaian yang sama telah berada di majlis pada jam 8.30 malam 8/10/09. Setelah hampir 24 jam tidak mandi dan tidor, mereka masih berjaya menghadirkan diri di majlis perpisahan ini. Sebenar nya 7/10/09 adalah hari stock count untuk department apparel, so result akan kluar pada awal pagi 8/10/09 dan diteruskan dengan proses recounting sampai lewat petang. Mana ada masa nak balik mandi, bau tu i taktau la... sebab i cuba elakkan daripada berada dekat dengan diorang. Result untuk department Apparel..?? Yaa.. meletup dengan jayanya. Macam biasa Pn. Rosni selalu yakin dengan department dia dan preparation memang siap awal punya.. Eksyen tu ada la jugak sikit, tapi kali nie memang kena la .. result tak seperti dijangkakan. Tapi takpa... cuba lagi stock count yang akan datang. I terfikir jugak bila la Pn. Rosni nak ditukarkan untuk menjaga department Grocery yang sales participation 55% - 60% untuk overall sales store...? Bila haaaaa..?? Yng sorang lagi tu, Pn Suraya, tak payah cakap la, memang tersangat serasi dengan status Promotion Display Manager saja. Kalau pi department lain... I've NO KOMEN...
Tengah dok makan tiba-tiba hilang pulak En. Azman nie, pi toilet kot. Lebih kurang 6 minit selapas tu di kembali dengan satu plastic Tesco di tangan. Ingatkan kain pelekat or kopiah nak pi solat, rupa-rupanya ada coklat dalam tu, hadiah untuk semua manager yang hadir pada malam tu. Terima kasih En. Azman. Memang beliau nie berjiwa Tesco, hadiah tu pun beli kat Tesco, nak tambah SALES....
Lepas habis makan maka En. Dino yang menjadi wakil semua manager dan staff kat Tesco menyampaikan hadiah kenangan kepada En. Azman. Hadiah apa yang diorang bagi pun i tak tau. Rasa-rasa memang mahal pun sebab kopak duit rokok manager kena buat collection untuk beli hadiah tu. Selepas dapat jer hadiah tu, maka dengan gelagat seperti dalam meeting dan Dbrief En. Azman pun bagi ceramah motivasi secara percuma. Lama jugak... dengar jer la..
En. Dino tengah bersedih mengenangkan saat-saat manis bekerja bersama dengan En. Azman. Kini terpaksa pulak berpisah, nak minta transfer pi Kota Bharu dan bekerja dengan En. Azman kat sana susah jugak ... sebab takda transport kat sana. Al maklum la, di Penang dia ni ada ramai driver untuk ambik dia pi kerja dan balik keja. Moto... Keta.. i tak tau la dia ada atau takda.. tapi gelagat dia memang ngalahkan Yang Berhormat.

Kalau u all nak gambar kenangan nie, korang klik jer kat gambar tu dan anda dapat melihat gambar pada saiz yang sebenar dan terus jer save image tersebut. Jangan terus save dari halaman blog nie. Anda hanya akan mendapat gambar pada saiz yang kecil jer.



0 comments:
Post a Comment