Tarikh aktiviti : 25/03.10 Peserta yang terlibat... Aku, Mizi and Aji Hardline. Peserta yang beria-ria nak pergi tapi hampeh tak jadi pergi. Irman ESM, Wan Gemuk and Pingu. Dengan rasa tak bersalah Mizi dan Aji telah lari balik kerja malam kat Tesco tepat jam 7 pagi..bersiap.. dan datang kembali ke Tesco jam 9 pagi tepat.. 9.30 pagi kami bertolak dari Tesco.. Malas la nak cerita pepanjang, tengok gambar dah la...
Nie pot utama yang menjadi pilihan turun temurun.. Lihat la Aji sedang beraksi dengan rod dan mesin pancing aku. Kami sampai kat situ jam 10.30pg selepas semput jungle tracking..
Macam biasa tangkapan pertama adalah milik Mr. Vista, ikan kerapu.. manakala tangkapan kedua adalah milik Mizi. Sila rujuk gambar mizi diatas. Kalau di lihat betul mesti anda akan perasan kedudukan mata kail yang digunakan untuk memancing.. Lihat betul=betul.. Macam hampeh, sangkut kat perut.. dah rezeki nak buat macam mana...
Haaa.. nie pula tangkapan ketiga dan terbesar pada hari ini, kerapu dewasa.. Yang best sampai patah mesin pancing aku gara kerapu ini.. siap kena tarik ngan tangan.. Dah sampai ajal mesin tu.. nak buat macam mana..Arwah nie memang banyak jasanya pada ku.. walaupun harga dia RM10 jer. Tok Guru pancing belikan untuk aku.. Nie kalau lekat balik pakai gam gajah pun mesti tak bleh punya laa..
Lebih kurang jam 1.30ptg.. nie la sedikit hasil pada hari nie. Perut dah lapar, bekalan makanan tak bawa plak. Alamatnya... jadi ikan BBQ la hasil tangkapan kat atas nie. Tugasan menyiang ikan telah diserahkan kepada Aji.. tapi hempeh dia tak reti siang ikan. Apa punya jantan da...

Lepas jer makan, mata i dah start mengantuk, apa lagi tidor kejap, biarla diorang berdua sambung pancing ikan. I dah tak da rod ngan mesin, sebab patah tadi, dah tu pancing pakai gelendong jer.. Memang i ada 3 set rod ngan mesin memancing tapi, Mizi ngan Aji guna. Biarla.. so i buat keputusan untuk lepak-lepak sambil menikmati keindahan alam. buat Aji, harap2 bersabar la sebab dia memang tak bawa naik walau sekor ikan pun.. disebabkan tu gambar dia memang takda la untuk di up kan sini. Kami bertolak pulang lebih kurang jam 4 petang... Balik umah terus pengsannn...



5 comments:
Gertak Sanggul the Returns...
Aku jer yang return.. hang bila nak return bawa naik kerapu???
Nanti2 la... ha ha ha..
korang tak penah ajak aku mancing...isk issskk...issssssiikkk
uiks... merajuk la plak onizukaDIN nih... ha ha ha..
Post a Comment