Isnin 2/3/2010, member aku ajak ikut dia memancing ngan adik dia. Mana? bawah jambatan Pulau Pinang. Macam best jer, so pukui 12tgh malam Isnin tu pun kami berangkat la. Umpan semua di support. Aku pi ambil semua geng (Rizal, Pak Lah, Abg Dean Imax) and on the way nak pi tempat parking bot kat Jeti Nelayan batu hujan turun dengan lebat tahap maksimum. Mesti kena cancel nie sbb laut mesti berombak.. Kawan aku si Rizal kata rilekkks.. projek tetap on.. Cuak juga aku. Don't worry la bot besar,, dia kata la..bleh tahan jugak besar dia...Maka tengah hujan yang lebat tu kami bertolak, banyak gambar menarik tapi ambik pakai CyberShot K800i jer. Kualiti kurang baik sikit la. Apa lagi aku pakai la baju keselamatan, depa semua rileks jer.. Ceh.. depa pandai berenang .. aku tak reti berenang..
Sampai jer kat bawah jambatan entah tiang nombor brapa pun aku tak tau, rasa macam tangah2 jer... terus pasang rod and mesin, pasang umpan and terus buang mata kail ke dalam laut. Habis basah kuyup.. sejuk bebbb... Sebenar nya aku dah hampir 6 bulan memancing tak pernah dapat ikan, tak tau la apa sebab. Dulu kalau pancing jer mesti aku yang dapat dulu. Mungkin tak da rezeki.. Tunggu punya tunggu Yaaaaa.... tangkapan pertama Jenahak 800gram tapi bukan aku yang dapat. Adik Si Rizal yang dapat. Gambar tak da sebab ujan terlalu lebat.. He he...
Tangkapan seterusnya anak ikan tanda yaaa.. bukan aku yang dapat juga, adik si Rizal jugak yang dapat. Apa jampi dia pakai pun aku pun tak tau.ishkkkk... mata kail ditarik-tarik, kalau ikut daya sentapan tu memang ikan besar tapi tak sangkut mata kail jugak. Mata kail aku jer yang dok sangkut kat cerucuk besi kat dalam laut tu.. Masa berlalu dengan agak pantas, lebih jam 3.40 pagi naik lagi sekor ikan.. Bapak gelama, macam biasa la.. bukan aku yang dapat.. dalam dok tunggu tu banyak jugak anak gelama yang naik dan dijadikan umpa jer. Kecik sangat..
Hampir-hampir pukul 4 pagi mata kail Abg Dean Imax telah diragut ikan yang agak besar.. melentur-lentur rod dibuatnya, pertarungan yang sengit telah berlaku diantara kedua-dua belah pihak.. Siapa yang akan menang?? Ikan didalam air tu semakin mengalah dan semakin dekat dengan pelantar jambatan. Maka naiklah ikan dibawah ini. Besar beb... BELUKANG.. start daripada tu semakin banyak ikan belukang berjaya dibawa naik oleh peserta. Di sebabkan status profesional kami ikan belukang semuanya di lepas semula.

Aku dok tengok depa semua dok bawa naik ikan jer... at last, ada sekor ikan la yang kesian kat umpan dan mata kail aku kot. Dia pun makanla dan sangkut kat mata kail.. Cisss.. ikan pellik kat bawah nie.. orang kata ikan kerapu singa nie memang sedap kalau dimasak, tapi aku memang rase macam tak lalu nak makan jer. So.. catch and release.. Dalam dok tunggu time nak balik..naik juga ikan sembilang dan beberapa ekor ikan lain. tapi aku memang dah malas nak ambik gambar ikan orang dah... Jam 6.20 pagi kami blah balik la.. ujan pun dah takda...
Kat bawah nie adalah gambar2 peserta2 yang join dalam projek nie..

Memang agak merbahaya projek memancing kali nie, tapi hasil tu kurang la. Biasala.. adat memncing. Nanti kalau ada masa terluang aku cuba arrange skali lagi projek memancing macam nie. Best jugak.. kalau pergi waktu siang mesti hasil agak memberansangkan. sebab aku slalu pergi bawah jambatan nie waktu siang. Kalau waktu malam ini adalah kali kedua aku pi mancing kat situ. Orang kata bawah jambatan nie keras jugak tempat dia.. sapa2 nak join bleh contact aku Ok...



0 comments:
Post a Comment