28/10/10... dengan budget sebanyak RM2500 kira kira 0.083% dari sales mingguan Tesco Hyper, maka telah terlaksanalah Staff Party 2010 di Hotel Parking berstatus 5 Bintang.. Tema malam tu ialah Hijau... Bumi Hijau.. Kalau tengok gambar kat atas tu memang penuh dengan kehijauan. Huruf N terjatuh pun tak siapa perasan. Stage yang DinBrasco buat dengan Team bebudak jahat tahun lalu 4 kali lagi Grand la...Kita Zoom in pulak pakai lens 55-300mm aku..( keh keh keh )bagi dekat sikit gambar stage tu. lihat gambar dibawah pulak. Sadis...
Aku dengar cerita pada mulanya budget parti nie ialah RM5000, last minute kena potong separuh. KPI stor asyik kaler Amber and Red jer, sebab tu kena potong. Terima je la. Budget yang HQ potong tu boleh la depa guna untuk geng HQ buat Parti kat betul-betul hotel 5 bintang macam di siarkan dalam Buletin Tesco, memang Grand habis. Seteruk-teruk sales Giant pun kalau Stor Party mesti depa buat Hotel punya la. Takpa kami semua redha walau dalam hati agak kecewa. Emm...Nama aku pada malam tu telah dipilih selama 3 tahun berturut-turut untuk jadi tukang buat BBQ ayam, dengan selambanya aku datang kemajlis tu jam 8.30 malam, selepas semua ayam tu dah di BBQ. Semangat pun kurang la nak join.. tak macam dulu..
Sampai jer aku kat sana, memang semua staff memang nampak happy dan ceria semuanya. Tak tau betul-betul happy atau berlakon jer. Menu malam tu semua dah ready, ayam BBQ, Laksa, Satay dan air anggur. Perut pun lapar semacam jer.. Opss.. kena pi register dulu, ( yea yeaa mesti dapat hadiah saguhati ). Alhamdulillah... dapat la tuppereware free gift Ribena (sumbangan Grocery), di dalam ada mug bertulisan tangan hasil staff VMD (daripada budget RM2500)dan apron, free gift tissue Cutie Compact ( sumbangan Grocery ). Terima kasih Tescooo... Terima kasih.. Eh.. tiba-tiba dapat pulak coupon makan, nak buat apa? OOooooo... nak ambik makanan kena tunjuk coupon dulu, barulah makan tak habis dan dapat dirasai oleh semua staff. Good idea.. I Agreed...


Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh SGM Weyau Ekiang, menyatakan ucapan terima kasih diatas kehadiran semua staff dan dia mula merepek pasal kerja sikit. Tapi aku tengok staff yang datang malam tu selamba dok makan buat tak tau jer dengan kehadiran SGM atas pentas. Lepas tu semua ahli komuti yang menjadi teras utama acara ini diperkenalkan diatas pentas. Walaupun pentas agak kecil tapi berjaya memuatkan semua ahli komuti tersebut tanpa meruntuhkan pentas serba hijau tu.




Acara seterusnya ialah proses pemotongan kek untuk birthday baby untuk bulan January hingga October. Emm.. setahun sekali sambut skali dengan staff party aka Annual Dinner. Kalau tahun lepas sambutan birthday baby ni dah menjadi routine store setiap 3 bulan untuk meraikan hari lahir staff-staff di Tesco. Disebabkan budget semua tu terpaksa dilupakan. Dah tu kek untuk Annual Dinner terpaksa dikongsi sebagai kek untuk Birthday Baby. Terima kasih Tesco..
Macam selalu la, party mesti ada acara karaoke punya la, bakat terpendam semua terserlah. Walaupun dah tau tak bleh nyanyi masih ada yang dengan muka tak malu dok tunjuk jugak. Tapi ada jugak yang suaranya memang sedap.. Maka makcik makcik pun turut serta berkaraoke, ye la nak nyanyi kat umah malu kat jiran.. Tu semua sekadar hiburan untuk menceriakan majlis. Banyak lagi acara hiburan dan games diadakan pada malam tu, tapi aku bleh awal takda masa nak tengok semua tu. Tidor lagi bagus da..

Tak dilupakan acara cabutan bertuah, masa cabutan pertama aku dah blah balik. antara hadiah hadiah yang terlibat ialah bebarang rumah dan barang elektrik eg: comforter, peiruk nasi DVD player, Oven dan sebagainya. Aku sebenarnya tak banyak benda nak citer pasal majlis nie sebab aku berada dalam majlis tu selama 1jam 15 minit jer. Dalam masa sejam tu tak dapat nak merasai suasana sebenar majlis tu. Tujuan aku ke majlis tu pun sebab ingatkan kekawan yang bersusah payah untuk jayakan majlis nie jer. Manakala tujuan kedua sebab nak snap beberapa keping gambar nak buat citer kat blog nie jer. Kat bawah nie adalah sikit gambar kenangan untuk tatapan anda semua..
Nie dua orang tukang BBQ yang menggantikan aku, bila dilihat dari segi kualiti BBQ yang mereka hasilkan memang hebat. Ayam tu siap tambah lagi satu rasa tambahan. Ada rasa masin, manis-manis sikit, pedas dan yang best ada rasa PAHIT, terhasil dari bahagian-bahagian ayam BBQ yang berwarna hitam pekat. Aku tengok depa dua nie bakar ayam pakai API, bukan bara dari arang..
Waalaupun sumber untuk mendapatkan api pada malam tu memang banyak tapi mereka bertiga mahu menunjukkan semangat setiakawan dan Team Work yang tinggi dengan cuba menyalakan dua batang rokok serentak dengan berbekalkan sumber api dari rokok kawan yang lain. Ini menunjukkan staff Tesco nie sanggup bersama-sama menanggung susah payah dan rintangan memasa berkhidmat. Ingat.. bara kalau kita bekalkan dengan oksigen secukupnya boleh menjadi api. Lepas tu kita tengoklah sapa yang terbakar..
Aku sempat snap dari jauh selepas meninggalkan tempat makanan disediakan, muka bengang semacam jer. Rupa-rupanya minuman yang disediakan hanyalah air anggur jer, dalam otak dia dok bayangkan benda lain.. Guiness Stout, Carlsberg, Jack Daniel, Chivas Regal dan seangkatan dengannya.. Kalau nak benda yang macam tu pi lepak Gurney Drive la..

Ish.. tak ada idea nak kutuk gambar nie, sat pikir duluuu...


Info daripada pihak atasan Tesco Hyper ada menyatakan, selepas setengah jam acara bermula telah muncul nukilan kreatif kat kawasan Tesco yang menyatakan "Staff Party ni Low Class". Kita kena bersyukur la walaupun betul Low Class, tapi depa bagii jugak modal ciput tu untuk buat acara nie. Lain kali kekawan, janganlah dok tulis kat merata-rata tempat, sembur jer kat depan SGM dan HR Manager tu. Baru gentleman.. Aku ingat kata-kata sorang staff tesco 2 hari sebelum acara,"kalau bapa aku orang kaya.. aku minta bapa aku RM10k.. nah ambik kat hampa buat Staff Party. Biar semua staff gembira dan rasa dihargai" Moga-moga tahun depan biarla bapa kawan aku nie kaya, bila dia bagi RM10k, mesti nampak kecik jer muka pihak atasan Tesco tu.. Dok sembunyi dalam toilet lagi baguih.. Dok bagi RM12-13juta kat kontraktor refit tu bleh pulak.. nak bagi kat staff RM5k pun banyak songeh... Lu pikir la sendiri...

ada lagii.. tak habih lagi. Akan bersambung...

0 comments: