Setelah manyambut Hari Raya Aidilfitri pertama dan kedua kat Tesco Hyper Penang laknat tu.. akhirnya aku pun bercuti. Kat bawah nie adalah sebahagian manusia yang beraya bersama-sama aku kat Tesco tu.Haa.. memang elok la muka hampa dua.. sorang buat muka sedih, yang sorang lagi terbeliak biji mata tertelan ketupat. Aku dah cakap dah awal-awal kat mamat nie.. kena kunyah dulu baru telan.. jangan terus telan jadi macam tu la.. Aku ingatkan keja di hari raya nie boleh la rileks sikit, boleh mengulaQ, boleh lepak-lepak.. tapi semua tu hanya khayalan semata-mata. Customer ramai pulakk hari tuu. Dah tak payah cerita pasal Tesco lagi.Raya ketiga jam 5 pagi aku terus blah balik Kuala Sanglang. Perjalanan berjalan lancar, sampai jer kat Exit Pendang aku terus tekenangkan kisah lalu.. masih nampak lagi bayang kereta aku dok tersadai kat situ. Aku sampai kampung dalam pukul 7pagi raya ketiga. Satu hari habiskan masa makan kuih and pi beraya satu family. Raya keempat.. memang tak keluar pi mana-mana.. lepak belakang rumah sambil isap rokok and pancing haruan curut. Pakai umpan udang yang di campur garam dan asam jawa jer. Letak umpan kat mata kail, pancing jer kat dalam sawah padi tu.. naik la 5-6 ekor haruan... pancing kat sawah padi nie tak payah la nak berlagak nak pakai mesin mahal-mahal. Buang jer Daiwa dan Abu Garcia hampa tu. Kat sini orang pakai batang buluh dan ikat jer tali dengan mata kail kat hujung buluh tu. settle...Ikan haruan nia adalah hasil pancingan kat belakang umah. Total yang dapat dalam 6 ekor tapi sekor nie jer besar dan sesuai untuk diambil gambar. Gua ubah pot pulak, memancing kat depan umah.Dalam lopak air ni la ikan puyu berkampung, bila dah jumpa pot lepak ikan puyu nie, tak payah nak ubah-ubah tempat. Duduk jer kat sini bleh naik 15 and 16 ekor kat pot yang sama. Mata kail kena guna yang kecil dan panjang sikit. Mata kail kerapu jangan harap la bleh pakai kat sawah padi nie. 4 tahun memancing pun tak dapat ikan daaa..Lepas dah bosan asyik dapat ikan kat depan umah, aku, adik, adik ipar aku serta anak sedara aku buat keputusan nak pi tempat yang jauh sikit, kolam terbiar kira-kira 100 meter depan umah aku. Memang perit jugak nak menapak pi sana, walaupun jam dah pukul 4.00 petang, tapi pedih tengkuk nie tahan panas matahari. Sampai sana terus je start memancing... naikla ikan haruan dan puyu. Kolam nie memang banyak ikan, teringat masa kecik-kecik dulu, bila sampai musim kemarau air dalam kolam nie tinggal sikit jer. Apa lagi bawa pam terus je pam air keluar bagi habis, lepas tu terjun jer dalam kolam yang tinggal lumpur tu dan tangkap la ikan puas puas. Hasil... jangan cakapla... mahu penuh 2 tong drum. Hasil tu buat ikan kering, dan ikan haruan yang besar-besar buat BBQ la..
Kat atas nie pulak pemancing ikan puyu tegar kat Kuala Sanglang, adik ipar aku daa.. kalau boleh memancing tu, susah dia nak berhenti. Memancing puyu nie tak la memenatkan sebab tak payah nak baling mata kail dan umpan macam pancing kat laut. Satu lagi tak payah nak tunggu lama-lama sebab kita memang boleh nampak ikan tu datang makan umpan kita, tu kalau pancing dalam sawah padi yang air jernih dan cetek la. Kalau dalam kolam tu memang tak nampak . Ikan pun dah banyak naik, nanti orang kat atas nie nak nak kena siang ikan-ikan tu.Aku memancing kat kolam tu lebih kurang 2 jam saja sebab hasil tangkapan dah cukup untuk buat lauk sekeluarga. Apa lagi blah balik da....Haa.. bagi manusia yang dok kat bandar yang hanya kenal KFC, McD, Pizza.. nie la ikan puyu yang aku dok cerita.Kalau dapat yang saiz besar, buat BBQ atau asam pedas memang best. Tapi ikan puyu kat dalam sawah padi sekarang nie tak sempat nak membesar sebab petani sekarang ni banyak gunakan racun perosak yang memberi kesan terhadap pembiakan dan pembesaran ikan nie. Kalau nak bela ikan puyu dalam kolam nie agak susah jugak sebab ia boleh dikategori sebagai ikan yang pro aktif dan tahan lasak. Kalau lepas hujan jer, ikan nie siap boleh lompat keluar dari kolam dan berada didaratan dalam jangka masa yang agak lama, dan boleh bergerak di daratan mencari kawasan air yang baru. So...kalau nak bela ikan nie kena pasang pukat sekeliling kolam.. nak elak ia keluar dari kolam.Ini la sebahagian daripada hasil projek memancing kali ini. Walau hasil tangkapan agak sederhana saiznya, tapi bila dimasak.. mau tambah nasi 3 - 4 kali. Lapas nie aku nak bagi cadangan kat petani kat Kuala Sanglang supaya tanam padi cara organik, tak gunakan racun dan bahan lain yang mencemarkan..dah tu boleh bela ikan puyu kat dalam bendang. Sementara tu ikan puyu nie pun boleh mengurangkan serangga perosak dari membiak di dalam air disawah padi.. Amacam orang Kuala Sanglang? Ada Bran?????

Sekian, Terima Kasih

0 comments: