27, 28 dan 29 Jun yang lalu i dapat cuti 3 hari, apa lagi tangan nie pun dah terketaq-ketaq lama tak memancing.. dan lama jugak tak balik kampung.. apa lagi roger la adik i suruh dia booking bot kekawan dia kat Kuala Sanglang.. kita pancing kat sana.. Jam 5.40pg i bertolak dari Penang, ingat sampai sana bleh la pi tengah laut dalam jam 9 or 10 pagi.. walaupun highway tak banyak keta, i tetap drive mengikut had kelajuan highway PLUS 110kmsj.. tapi tiba-tiba ada sebijik keta bagi high beam kat i, masa tu i drive kat lorang sebelah kanan. i ambik kira jer.. rupa-rupanya Proton Saga BLM jer... mau 150-160kmsj dia pecut. Gua tak tahan beb.. gua pun tekan minyak nak test power..... akhirnya...
Tiba-tiba jer keta lost power, then enjin berasap kat betul-betul exit Pendang. Kepala otak blur sekejap tengok minyak enjin semua berterabur kat haghway.. Matahari tengah naik kat depan mata i masa tu.. apa lagi snap gambar dulu la....hasilnya bleh lihat kat link ini.. http://www.flickr.com/photos/realvista/4761527894/ . Geng PLUS tolong tarik keta i pi Plaza Tol Pendang, siap bawa aku ronda-ronda dan belanja breakfasr plak, baguih betoi, manakala member sepupu i plak tolong perabih duit i tarik keta balik Kuala Sanglang... RM 200 beb.... Projek memancing pagi tu cancel la sebab sampai kampung pun dah pukul 11.00pagi
Tapi takpa.. masih ada 2 hari lagi cuti.. malam tu jugak adik i ajak pancing siakap kat Muara sungai Kuala Sanglang.. berumpankan udang projek bermula.. tapi mengecewakan.. naik ikan duri jerrrrrr..28hb.. projek memancing yang tertangguh terpaksa dijalankan juga. Hajat terlaksana... dijangkakan akan bertolak ke tengah perairan Kuala Sanglang jam 8pagi tetapi terpaksa ditangguhkan sekali lagi sebab hujan turun dengan lebat, tapi tangguh 3 jam jer.. pukul 11 pagi kami bertolak... modal..?? RM30 untuk minyak jer, enjin bot V6 3.0CC memang mengkedarah minyak dengan lahapnya... tapi lajuuuu....Umpan.. jangan risau, pukat tarik spare ada dalam bot, tapi kecik jer la. setakat nak cari udang hidup
takda masalah punya la.. Bila mula jer nak kluar dari muara sungai tiba2 terserempak ngan sorang lagi member,
stock udang dalam bot dia adala dalam 40kilo... termasuk udang hidup, apa lagi kena PAU la.... so... umpan kira settle. So kami teruskan perjalanan ke tengah laut. Sila rujuk video dibawah.

Satu lagi cabaran terpaksa dihadapi ialah nak mencari pot memancing kami. kalau waktu air surut, kita boleh nampak pancang buluh keluar dari laut lebih kurang 1 meter, tapi waktu air pasang besar nie, satu batang buluh pun tak nampak. tapi tekong bot muda nie kata "Rileks aku kalau keluar memukat kat laut mesti aku singgah kat pot tu punya la.. aku tau kat mana", takpa...takpa kita tengok jer la nanti..Lebih kurang 10 minit mencari-cari akhir jumpa jugak pot kami tu. Jarak dari daratan lebih kurang 2 kilometer, kalau tak silap aku la. Haa.. apa lagi pasang umpan kat mata kail terus baling dalam laut la. Tangkapan pertama.. bapak gelama, tangkapan kedua tekong bot Jenahak remaja.. tangkapan seterusnya anak sembilang.. anak sembilang.. anak sembilang dan seterusnya. Mana pi habih kerapu aku nie? Masa kami pi orang tua kat kampung bagitau air tak berapa elok sangat hari tu. ikan kurang. Tapi takpa janji dapat ikan dan boleh lepak kat tengah laut. Kali nie kira ok jugak sebab aku tak mabuk laut.. nak tau teknik nya untuk elakkan mabuk. masa masuk tengah laut hampa minum seteguk air laut. Mesti tak mabuk punya. Satu lagi kalau naik bot kecil hampa kena pancing sambil berdiri.. lepas sejam memancing akhirnya naik jugak sekor kerapu saiz kecik jer. Ingat nak buat catch and release jer, tapi aku tak sampai hati nak release. Bila dah lengah tangan bawa naik ikan, apa lagi lunch time kat tengah laut la. Memang sedap semacam jer makan kat tengah laut nie. Pekena nasi campur Kuala Sanglang plak tu, tak sama nasi campur kat Penang. Lepas makan aku rasa semacam jer, macam nak muntah jer, tapi aku rileks jer, ambik tepon terus log in Facebook.com dan surfing sat, terus hilang rasa nak muntah tu. Terima kasih Facebook.... lebih kurang 2 setengah jam kat situ kami ubah pot pulak. Kami pi dekat Jeti Tok Arab.. kat area Kerpan. Jom ikut kekawan...Perjalanan dari pot pertama mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke Jeti Tok Arab dengan kelajuan yang pasti akan dapat saman ekor speedtrap kalau dibuat kat Jalanraya Persekuatuan. Actuallly Jeti Tok Arab adalah Pelantar Pam air laut yang dibina sepanjang 1 kilometer ke tengah laut dan dibina oleh syarikat dari Arab Saudi untuk mengepam air laut ke daratan untuk projek kolam udang harimau kat Kerpan. Projek nie pernah jadi kontroversi satu ketika dahulu. Pancing kat sini hanya berjaya menaikkan 2 ekor sembilang dan gelama jer, tapi sentapan-sentapan ikan kat sini memang kasar jer, cuma tak lekat betul-betul kat mulut ikan tu.Pot ketiga kami hari tu ialah Lampu Traffic Light tengah laut nie.. baling punya baling mata kail ngan umpan sekor ikan pun tak naik. Tapi kat sini boleh digunakan untuk manajamkan skill balingan mata kail anda. Dah boring tak dapat ikan kami lawan baling mata kail tepat ke sasaran yang ditetapkan. Aku jadi juara la... sebab siap mata kail aku terbelit-belit kat tangga tu.. Ciss... Kalau brani hampa bleh naik kat atas lampu isyarat nie.. Lebih kurang setengah jam dok lawan balingan terbaik, bila tengok belakang jer.. Waaaa... awan gelap semacam jer. Apa lagi terus speed balik Kuala Sanglang la.. sampai jer kat jetty Kuala Sanglang terus jer hujan turun dengan lebat. nasib memang baik kalau tak basah kuyup la kami bertiga.. Berakhir la projek mancing kali nie. Hasil kurang memuaskan. tapi pengalaman tu yang penting...Inilah hasil yang berjaya dibawa balik ke rumah setelah dibahagi-bahagi. Anak sembilang tu kalau masak asam pedas memang best, tambah pulak ikan fresh dari laut. Lain kali aku nak pi dekat area Langkawi pulak, tapi kena pi 4-5 orang baru best, boleh share bayar sewa bot lagi besar punya...

Sekian, Wasalam...

0 comments: